Tuesday 23 November 2010

Hukum memakai gelang tangan kesihatan bagi lelaki

Salam,

Saya memang tertanya-tanya tentang kebolehan lelaki memakai gelang? Alhamdullilah, sudah jumpa dengan jawapnnya. Moga ianya bermanfaat.

Artikel ini.

Salam,
Semoga mendapat panduan dari pembacaan dibawah.

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?

Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Besi magnet
5) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Doakan Sahabat Ketika Ia Tidak Mengetahui

Salam semua,

Yang didambakan hanyalah doa-doa yg baik dari yg tersayang dan terdekat. Aplah yg kita harapkan lagi......Sungguh bila usia semakin beranjak pantas, diri semakin sedar .....perlunya untuk berubah dari baik semakin baik hanya kerna si Dia Allah yg Esa.

Artikel ini amat memberi sentuhan di mana, perlunya kita berbaik dengan semua agar persahabatan yang terjalin boleh membuatkan mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Insyallah.

Artikel ini.

Doakanlah Saudaramu Di Saat Dia Tidak Mengetahuinya
Inilah mungkin yang banyak dilupakan oleh banyak orang atau mungkin belum diketahui. Padahal di antara do’a yang mustajab (terijabahi/terkabul) adalah do’a seorang muslim kepada saudaranya.
Berikut kami bawakan beberapa hadits yang shahih yang dibawakan oleh Bukhari dalam kitabnya Adabul Mufrod. Bukhari membawakan bab dalam kitabnya tersebut: Bab278- Do’a Seseorang kepada Saudaranya di Saat Saudaranya Tidak Mengetahuinya. Semoga bermanfaat.

Hadits pertama
Dari Abu Bakar Ash Shidiq radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,”إن دعوة الأخ في الله تستجاب”“Sesungguhnya do’a seseorang kepada saudaranya karena Allah adalah do’a yang mustajab (terkabulkan).“(Shohih secara sanad)

Hadits kedua
Dari Shofwan bin ‘Abdillah bin Shofwan –istrinya adalah Ad Darda’ binti Abid Darda’-, beliau mengatakan,قدمت عليهم الشام، فوجدت أم الدرداء في البيت، ولم أجد أبا الدرداء. قالت: أتريد الحج العام ؟ قلت : نعم. قالت: فادع الله لنا بخير؛ فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول“Aku tiba di negeri Syam. Kemudian saya bertemu dengan Ummud Darda’ (ibu mertua Shofwan, pen) di rumah. Namun, saya tidak bertemu dengan Abud Darda’ (bapak mertua Shofwan, pen). Ummu Darda’ berkata, “Apakah engkau ingin berhaji tahun ini?” Aku (Shofwan) berkata, “Iya.”Ummu Darda’ pun mengatakan, “Kalau begitu do’akanlah kebaikan padaku karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,”:

“إن دعوة المرء المسلم مستجابة لأخيه بظهر الغيب، عند رأسه ملك موكل، كلما دعا لأخيه بخير، قال: آمين، ولك بمثل”. قال: فلقيت أبا الدرداء في السوق، فقال مثل ذلك، يأثر عن النبي صلى الله عليه وسلم.“Sesungguhnya do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi.”Shofwan pun mengatakan, “Aku pun bertemu Abu Darda’ di pasar, lalu Abu Darda’ mengatakan sebagaimana istrinya tadi. Abu Darda’ mengatakan bahwa dia menukilnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”(Shohih) Lihat Ash Shohihah (1399): [Muslim: 48-Kitab Adz Dzikr wad Du’aa’, hal. 88]

Hadits ketiga
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata bahwa seseorang mengatakan,اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلِمُحَمَّدٍ وَحْدَنَا“Ya Allah ampunilah aku dan Muhammad saja!”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda,لَقَدْ حَجَبْتَهَا عَنْ نَاسٍ كَثِيرٍ“Sungguh engkau telah menyempitkan do’amu tadi dari do’a kepada orang banyak.”(Shohih) Lihat Al Irwa’ (171): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 27-Bab kasih sayang terhadap sesama manusia dan terhadap hewan ternak, dari Abu Hurairah]

Pelajaran yang dapat dipetik dari hadits-hadits di atas:

Pertama: Islam sangat mendorong umatnya agar dapat mengikat hubungan antara saudaranya sesama muslim dalam berbagai keadaan dan di setiap saat.

Kedua: Do’a seorang muslim kepada saudaranya karena Allah di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah do’a yang sangat utama dan do’a yang akan segera terijabahi (mustajab). Orang yang mendo’akan saudaranya tersebut akan mendapatkan semisal yang didapatkan oleh saudaranya.

Ketiga: Ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’a seorang muslim kepada suadaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya.

Keempat: Malaikat tidaklah mengaminkan do’a selain do’a dalam kebaikan.

Kelima: Sebagaimana terdapat dalam hadits ketiga di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari Arab Badui di mana dia membatasi rahmat Allah yang luas meliputi segala makhluk-Nya, lalu dibatasi hanya pada dirinya dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam saja.

Inilah beberapa pelajaran berharga dari hadits di atas. Janganlah lupakan saudaramu di setiap engkau bermunajat dan memanjatkan do’a kepada Allah, apalagi orang-orang yang telah memberikan kebaikan padamu terutama dalam masalah agama dan akhiratmu. Ingatlah ini!Semoga Allah selalu menambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Monday 15 November 2010

Map - Mekah - Hajj

I thank this person for putting this map and write up. May Allah swt bless you sister/brother. Insyallah, may this help me to understand well as a preparation to perform Hajj insyallah.......



Her memories in 1996.

Monday 8 November 2010

Kemanisan Dalam Ujian - Dr Maza

Artikel Kemanisan Dalam Ujian

Ada satu doa dari surah Al Qasas

Doa Nabi Musa ketika diuji dan memperlihatkan bagaimana Nabi Musa dambakan Allah swt.

Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).

Jenis-Jenis Cinta Dalam Islam

Boleh dibaca di link ini:

Yg menarik di dalam tulisan kali ini ialah mengenai golongan-golongan yg disebut dalam Surah As-Saff ayat 4:

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu
1. Al-Muttaqun.
2. Al-Muhsinun.
3. As-Sabirun.
4. At-Tawwabun.
5. Al-Mutatahhirun.
6. Al-Mutawakkilun.
7. Al-Muqsitun
8. Al-Muqatilun fi sabilillah.

InsyaAllah penulis blog akan terangkan dalam artikel akan datang.

Wednesday 13 October 2010

Sek Sultanah Asma

Assalamualaikum wbt,

Hidup merantau sememangnya suda ada dalam kehidupan ku sejak dari kecil lagi. Seingat saya berada di Kuala Kurau, Kelantan , Alor Setar dan akhir sekali Ipoh. Selepas itu saya banyak merantau sendiri mencari ilmu.

Pelbagai sekolah yang saya hadiri. Tetapi Sekolah yang satu ini banyak sekali memori indah terpahat. Sek Sultanah Asma, Alor Setar Kedah.



Bila terkenang akannay , tersenyum sendiri kenangan-kenangan nakal yang indah. Terkenang akan guru-guru yang sangat 'passion' dengan profession seorang guru. Dalam garangnya tetap ada lembutnya. Rindu....zaman yg tiada pergolakan jiwa dan resah gelisah.

Alhamdullilah dengan kemudahan Internet, dan FB dapat juga menjejaki kawan-kawan serta guru-guru sekolah. Alhamdullilah, nampaknya Allah swt merahmati usaha guru-guru yang bersusah payah mendidik kami, maka Allah swt menjadikan manusia yang 'menjadi'.

Di kesempatan ini, saya mohon kepada kawan-kawan sekolah ASMA jika selama kita berkenalan dan berkawan ada saya terkasar bahasa. Maaf kan saya. Halalkan setiap apa jua yg diberikan kpd saya.

Buat guru-guru yang dikasihi. Moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa cikgu, merahmati, memberkati cikgu-cikgu semua. Moga Allah swt memberikan kebahagiaan dan kebaikan dunia dan akhirat buat cikgu-cikgu.


Kedinginan air cond di pejabat , mengulang kemabli desiran angin di Sultanah Asma.

Moga adinda-adinda di Sekolah sultanah Asma terus berjaya dan menyayangi cikgu-cikgu yang banyak baktinya.

Jika anda bakal menjadi guru jadilah guru seperti Baginda Rasul atau boleh rujuk di sini sebagai teladan.

Sunday 3 October 2010

Universiti Kita ketandusan Idea

Universiti kita ketandusan idea
Sumber : Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 04 Oktober 2010.

Oleh A. MURAD MERICAN

PENGUMUMAN THE World University Ranking 2010-2011 dengan data yang dibekalkan oleh Thomson Reuters baru-baru menunjukkan kedudukan universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan. Sepuluh universiti terbaik di dunia sekali lagi didominasi oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Tamadun Eropah, khususnya suku Anglo-Saxon mendahului kecemerlangan universiti dengan Harvard University di tempat yang teratas, diikuti California Institute of Technology di tempat kedua, Massachussetts Institute of Technology (3), Stanford University (4), Princeton University (5), University of Cambridge dan University of Oxford (masing-masing 6) University of California, Berkeley (8), Imperial College, London (9) dan Yale University (10). Tidak ada universiti Malaysia berjaya menduduki tempat 200 pertama.

Korpus ilmu yang yang tersimpan dan dijana oleh pusat metropolitan Barat tiada tandingannya. Apakah kita masih berhasrat bersaing dalam penarafan Universiti Times Higher Education (THE) ini? Ada kalangan mengatakan bahawa kaedah yang digunakan itu tidak mengambil kira keadaan negara dan misi universiti di dunia bukan Barat.

Ada juga pemimpin universiti tempatan menyatakan mereka akan memperbaiki proses dan perjalanan universiti. Siapa tidak bangga melihat universitinya menduduki tempat teratas? Dan kenapa sedih jika itu tidak berlaku?

Di sini, saya ingin menimbulkan sebahagian yang wujud di kalangan universiti-universiti global tersebut, dan apa yang menjadikan mereka 'global.' Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.

Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?

Universiti-universiti di Malaysia ketandusan idea dan saluran penebaran idea tersebut, walaupun ada yang mempunyai penerbitan universiti masing-masing.

Kita ambil satu contoh iaitu penerbitan ilmu oleh Massachusettes Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat. MIT mempunyai School of Humanities, Arts and Social Sciences dengan mengendalikan 22 disiplin, projek, dan bidang pengajian penyelidikan. Antara bidang-bidang yang ditawarkan ialah Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Penulisan dan Kajian Humanistik, Media Perbandingan dan Pengajian Antarabangsa.

MIT mempunyai penerbitannya sendiri yang diasaskan pada 1926 apabila ia memulakan penerbitan siri syarahan dari seorang pemenang Hadiah Nobel. Bahagian penerbitan jurnal akademik ditambah pada 1968. Setakat ini, ia telah menerbitkan lebih 10,000 tajuk buku, dengan lebih 200 tajuk buku dan 40 tajuk jurnal setiap tahun.

Walaupun jumlah tersebut nampaknya tidak menakjubkan, nilai korpus ilmu yang diterbitkan itu telah mempengaruhi pemikiran tamadun moden. Lihat saja katalog MIT Press serta kritikan dan ulasan buku-buku tersebut di seluruh dunia.

MIT Press khususnya menerbitkan buku dalam bidang-bidang Seni dan Senibina, Sains Kognitif, Ekonomi, Media Baru dan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Tajuk-tajuk jurnal yang diterbitkannya berbunyi seperti Asian Economic Papers, Daedalus, Innovations, Journal of Cold War Studies, Journal of Interdisciplinary History, Leonardo, Leonardo Music Journal, Linguistic Inquiry, dan Perspectives on Science.

Walaupun 10 universiti terunggul itu mempunyai sejarah dan asal-usul yang berbeza, namun tunjang mereka ialah penerbitan dan kegunaan ilmu, pemikiran dan kemahiran bagi penerokaan alam-alam yang wujud, menangani dan menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dan peningkatan taraf hidup.

Saya bukan mengandaikan bahawa kita tidak mempunyai falsafah sedemikian, tetapi kesedaran, iltizam dan keupayaan kita menyedari falsafah sedemikian tidak terlihat dalam wacana-wacana yang sepatutnya terbit dari universiti-universiti tempatan.

Saya khuatir, sindrom pemikiran tertawan telah menguasai masyarakat universiti kita. Pemikiran tertawan berlawanan dengan kreativiti, inovasi dan menungan. Ia disifatkan sebagai satu cara berfikir yang imitatif dan tidak kritikal.

Sebenarnya, pemikiran tertawan mengandaikan bahawa senarai universiti yang terbaik di dunia mencerminkan pengukuran dan kebenaran apa yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi. Jawapannya sekali gus 'ya' dan 'tidak.'

Bukan mudah mendapat akses kepada pengendalian sesebuah universiti itu. Sudah tentu kita telah mencerap seni bina dan persekitaran fizikal institusi pengajian tinggi di Barat. Mereka dari kalangan pemimpin universiti, profesor dan pembuat dasar juga telah melawat lalu berinteraksi dengan pemimpin 10 universiti terunggul itu. Ramai juga yang belajar di sana. Apa yang kita telah ketahui dan apa yang tidak kita ketahui?

Mungkin kita hanya mengukur kualiti seseorang ahli akademik itu berdasarkan kuantiti penyelidikan dan penerbitan, serta jumlah paten. Universiti kini menggunakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dalam mengukur kemajuannya menjurus kepada hasrat disenaraikan pada kedudukan yang paling tinggi, 10 atau 100 pertama.

KPI adalah satu pendekatan pengukuran penerbitan intelektual yang mengekang dan membantutkan perkembangan bidang-bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan itu sendiri. Ia membunuh pemikiran dan kreativiti.

Sarjana dan budiman di universiti dihimpit oleh universiti yang berfungsi sebagai kilang, dengan persekitaran dan iklim di kampus tidak ubah seperti persekitaran di kilang. Universiti bukan kilang dan ahli akademik bukan operator kilang yang terpaksa memenuhi sasaran setiap hari.

Ahli akademik tidak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ahli akademik bekerja 24 jam sehari. Penyelidikan dan penulisan tidak bermula atau berakhir pada sesuatu waktu yang ditetapkan. Imajinasi sosiologis dan kreativiti merentasi jam waktu.

Nilai-nilai dan amalan kini tidak memupuk hasrat menjadikan universiti-universiti kita terunggul di dunia. Istilah 'prestasi' tidak wujud dalam persekitaran universiti. Profesion akademik tidak memerlukan konsep 'prestasi.' Nilai kesarjanaan diukur dengan nombor dan kuantiti. Apakah keupayaan dan hikmah dalam menilai kesarjanaan itu telah luntur di kalangan profesor dan ahli akademik universiti tempatan sehinggakan boleh diibaratkan bahawa telah tidak ada lagi jauhari yang mengenal manikam? Apakah kesarjanaan telah terhakis dari sistem universiti kita?

Saya perhatikan dalam keghairahan kita menerbit jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data Thomson Reuters (dulunya ISI) dan Scopus, kita mengabaikan keaslian ilmu itu sendiri dan media penerbitan ilmu. Jika seseorang pensyarah atau sekumpulan akademik ingin memulakan sebuah jurnal dan mengharapkan artikel yang misalnya mencetus idea-idea dan wacana alternatif, hasrat itu tidak mungkin kesampaian.

Persoalan yang akan ditimbulkan ialah apakah guna menyokong dan menerbit artikel ke jurnal tersebut kerana ia tidak disenaraikan dalam pangkalan-pangkalan data yang diterima. Sikap para pensyarah kini ialah menerbitkan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data bagi memenuhi KPI bertujuan kenaikan gaji dan pangkat. Keikhlasan dicemari oleh sasaran yang ditetapkan.

Apakah akan terjadi kepada pertumbuhan kesarjanaan di Malaysia jika iltizam dan keikhlasan menerbitkan ilmu itu tidak diiktiraf? Dan tumpuan kepada jurnal-jurnal tersebut telah membentuk para pensyarah sebagai pekerja yang tidak berfikir dan tidak berupaya berfikir merentasi wacana.

Tidak ada istilah mengasaskan idea besar dan pemikiran agung. Keaslian ilmu dibantut. Tanpa berfikiran kritis, kita tidak dapat mencetuskan pemikiran dan idea asli. Ramai di antara pensyarah universiti hanya menggunakan teori, konsep dan andaian yang ada seolah-olah ia seperti dogma seolah ia bebas dari konteks sejarah, tamadun, budaya dan politik. Keadaan ini merentasi semua bidang pengajian daripada Sains, Teknologi dan Kejuruteraan sehinggalah kepada Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.

Apakah ini boleh disebut sebagai kelompongan pemikiran? Kita tidak juga berusaha membincang dan mengkritik idea-idea asal dan gagasan-gagasan besar. Jika kita masih berhasrat menjadi universiti global, kita perlu belajar satu lagi dari 10 universiti yang tersenarai itu. Semua universiti tersebut mempunyai Jabatan Falsafah yang mantap. Itulah pemikiran yang melonjak tamadun Barat ke tahap yang ada sekarang ini.

A. Murad Merican
Profesor Ilmu Kemanusiaan
Universiti Teknologi Petronas.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Universiti kita ketandusan idea
Sumber : Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 04 Oktober 2010.

Oleh A. MURAD MERICAN

PENGUMUMAN THE World University Ranking 2010-2011 dengan data yang dibekalkan oleh Thomson Reuters baru-baru menunjukkan kedudukan universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan. Sepuluh universiti terbaik di dunia sekali lagi didominasi oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Tamadun Eropah, khususnya suku Anglo-Saxon mendahului kecemerlangan universiti dengan Harvard University di tempat yang teratas, diikuti California Institute of Technology di tempat kedua, Massachussetts Institute of Technology (3), Stanford University (4), Princeton University (5), University of Cambridge dan University of Oxford (masing-masing 6) University of California, Berkeley (8), Imperial College, London (9) dan Yale University (10). Tidak ada universiti Malaysia berjaya menduduki tempat 200 pertama.

Korpus ilmu yang yang tersimpan dan dijana oleh pusat metropolitan Barat tiada tandingannya. Apakah kita masih berhasrat bersaing dalam penarafan Universiti Times Higher Education (THE) ini? Ada kalangan mengatakan bahawa kaedah yang digunakan itu tidak mengambil kira keadaan negara dan misi universiti di dunia bukan Barat.

Ada juga pemimpin universiti tempatan menyatakan mereka akan memperbaiki proses dan perjalanan universiti. Siapa tidak bangga melihat universitinya menduduki tempat teratas? Dan kenapa sedih jika itu tidak berlaku?

Di sini, saya ingin menimbulkan sebahagian yang wujud di kalangan universiti-universiti global tersebut, dan apa yang menjadikan mereka 'global.' Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.

Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?

Universiti-universiti di Malaysia ketandusan idea dan saluran penebaran idea tersebut, walaupun ada yang mempunyai penerbitan universiti masing-masing.

Kita ambil satu contoh iaitu penerbitan ilmu oleh Massachusettes Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat. MIT mempunyai School of Humanities, Arts and Social Sciences dengan mengendalikan 22 disiplin, projek, dan bidang pengajian penyelidikan. Antara bidang-bidang yang ditawarkan ialah Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Penulisan dan Kajian Humanistik, Media Perbandingan dan Pengajian Antarabangsa.

MIT mempunyai penerbitannya sendiri yang diasaskan pada 1926 apabila ia memulakan penerbitan siri syarahan dari seorang pemenang Hadiah Nobel. Bahagian penerbitan jurnal akademik ditambah pada 1968. Setakat ini, ia telah menerbitkan lebih 10,000 tajuk buku, dengan lebih 200 tajuk buku dan 40 tajuk jurnal setiap tahun.

Walaupun jumlah tersebut nampaknya tidak menakjubkan, nilai korpus ilmu yang diterbitkan itu telah mempengaruhi pemikiran tamadun moden. Lihat saja katalog MIT Press serta kritikan dan ulasan buku-buku tersebut di seluruh dunia.

MIT Press khususnya menerbitkan buku dalam bidang-bidang Seni dan Senibina, Sains Kognitif, Ekonomi, Media Baru dan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Tajuk-tajuk jurnal yang diterbitkannya berbunyi seperti Asian Economic Papers, Daedalus, Innovations, Journal of Cold War Studies, Journal of Interdisciplinary History, Leonardo, Leonardo Music Journal, Linguistic Inquiry, dan Perspectives on Science.

Walaupun 10 universiti terunggul itu mempunyai sejarah dan asal-usul yang berbeza, namun tunjang mereka ialah penerbitan dan kegunaan ilmu, pemikiran dan kemahiran bagi penerokaan alam-alam yang wujud, menangani dan menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dan peningkatan taraf hidup.

Saya bukan mengandaikan bahawa kita tidak mempunyai falsafah sedemikian, tetapi kesedaran, iltizam dan keupayaan kita menyedari falsafah sedemikian tidak terlihat dalam wacana-wacana yang sepatutnya terbit dari universiti-universiti tempatan.

Saya khuatir, sindrom pemikiran tertawan telah menguasai masyarakat universiti kita. Pemikiran tertawan berlawanan dengan kreativiti, inovasi dan menungan. Ia disifatkan sebagai satu cara berfikir yang imitatif dan tidak kritikal.

Sebenarnya, pemikiran tertawan mengandaikan bahawa senarai universiti yang terbaik di dunia mencerminkan pengukuran dan kebenaran apa yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi. Jawapannya sekali gus 'ya' dan 'tidak.'

Bukan mudah mendapat akses kepada pengendalian sesebuah universiti itu. Sudah tentu kita telah mencerap seni bina dan persekitaran fizikal institusi pengajian tinggi di Barat. Mereka dari kalangan pemimpin universiti, profesor dan pembuat dasar juga telah melawat lalu berinteraksi dengan pemimpin 10 universiti terunggul itu. Ramai juga yang belajar di sana. Apa yang kita telah ketahui dan apa yang tidak kita ketahui?

Mungkin kita hanya mengukur kualiti seseorang ahli akademik itu berdasarkan kuantiti penyelidikan dan penerbitan, serta jumlah paten. Universiti kini menggunakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dalam mengukur kemajuannya menjurus kepada hasrat disenaraikan pada kedudukan yang paling tinggi, 10 atau 100 pertama.

KPI adalah satu pendekatan pengukuran penerbitan intelektual yang mengekang dan membantutkan perkembangan bidang-bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan itu sendiri. Ia membunuh pemikiran dan kreativiti.

Sarjana dan budiman di universiti dihimpit oleh universiti yang berfungsi sebagai kilang, dengan persekitaran dan iklim di kampus tidak ubah seperti persekitaran di kilang. Universiti bukan kilang dan ahli akademik bukan operator kilang yang terpaksa memenuhi sasaran setiap hari.

Ahli akademik tidak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ahli akademik bekerja 24 jam sehari. Penyelidikan dan penulisan tidak bermula atau berakhir pada sesuatu waktu yang ditetapkan. Imajinasi sosiologis dan kreativiti merentasi jam waktu.

Nilai-nilai dan amalan kini tidak memupuk hasrat menjadikan universiti-universiti kita terunggul di dunia. Istilah 'prestasi' tidak wujud dalam persekitaran universiti. Profesion akademik tidak memerlukan konsep 'prestasi.' Nilai kesarjanaan diukur dengan nombor dan kuantiti. Apakah keupayaan dan hikmah dalam menilai kesarjanaan itu telah luntur di kalangan profesor dan ahli akademik universiti tempatan sehinggakan boleh diibaratkan bahawa telah tidak ada lagi jauhari yang mengenal manikam? Apakah kesarjanaan telah terhakis dari sistem universiti kita?

Saya perhatikan dalam keghairahan kita menerbit jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data Thomson Reuters (dulunya ISI) dan Scopus, kita mengabaikan keaslian ilmu itu sendiri dan media penerbitan ilmu. Jika seseorang pensyarah atau sekumpulan akademik ingin memulakan sebuah jurnal dan mengharapkan artikel yang misalnya mencetus idea-idea dan wacana alternatif, hasrat itu tidak mungkin kesampaian.

Persoalan yang akan ditimbulkan ialah apakah guna menyokong dan menerbit artikel ke jurnal tersebut kerana ia tidak disenaraikan dalam pangkalan-pangkalan data yang diterima. Sikap para pensyarah kini ialah menerbitkan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data bagi memenuhi KPI bertujuan kenaikan gaji dan pangkat. Keikhlasan dicemari oleh sasaran yang ditetapkan.

Apakah akan terjadi kepada pertumbuhan kesarjanaan di Malaysia jika iltizam dan keikhlasan menerbitkan ilmu itu tidak diiktiraf? Dan tumpuan kepada jurnal-jurnal tersebut telah membentuk para pensyarah sebagai pekerja yang tidak berfikir dan tidak berupaya berfikir merentasi wacana.

Tidak ada istilah mengasaskan idea besar dan pemikiran agung. Keaslian ilmu dibantut. Tanpa berfikiran kritis, kita tidak dapat mencetuskan pemikiran dan idea asli. Ramai di antara pensyarah universiti hanya menggunakan teori, konsep dan andaian yang ada seolah-olah ia seperti dogma seolah ia bebas dari konteks sejarah, tamadun, budaya dan politik. Keadaan ini merentasi semua bidang pengajian daripada Sains, Teknologi dan Kejuruteraan sehinggalah kepada Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.

Apakah ini boleh disebut sebagai kelompongan pemikiran? Kita tidak juga berusaha membincang dan mengkritik idea-idea asal dan gagasan-gagasan besar. Jika kita masih berhasrat menjadi universiti global, kita perlu belajar satu lagi dari 10 universiti yang tersenarai itu. Semua universiti tersebut mempunyai Jabatan Falsafah yang mantap. Itulah pemikiran yang melonjak tamadun Barat ke tahap yang ada sekarang ini.

A. Murad Merican
Profesor Ilmu Kemanusiaan
Universiti Teknologi Petronas.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Melambatkan Haid Sementara Waktu

Boleh baca di link ini. atau di bawah.

Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.

Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.





Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.

Wednesday 25 August 2010

Haid ketika 10 hari terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Satu artikel yang dapat menenangkan kegusaran hati wanita yg begitu ingin bertemu Lailatul Qadr.


SERAHKAN KEYAKINAN KEPADA TUHANMU
DICATAT OLEH NORASLINA BINTI JUSIN 25 AUGUST 2010 DI 1:22:00 PM 3 COMMENTS
Telah beberapa kali saya meninjau ke luar tingkap, namun kelibat suami masih juga belum terlihat. Sesekali angin dingin musim sejuk di penempatan Hayyu at Tibba’ itu datang menyapa.

Tidak mahu berlama-lama dengan kedinginan yang menggigit, saya kembali menutup daun tingkap, lantas duduk bertimpuh di sofa arab melihat kak long dan kak ngah bermain. Hati yang risau bagaikan terubat melihat telatah dua anak kecil saya bergembira bersama.

Menatap wajah mulus kedua-duanya, jiwa diselubungi sayu dan hiba. Mereka bakal saya tinggalkan untuk tempoh lebih dua minggu andai perancangan untuk menunaikan haji tahun ini berjalan lancar. Tanpa apa-apa halangan, dengan izin-NYA.

Semua urusan telah diuruskan. Permohonan visa telah pun diluluskan. Persiapan pakaian dan kelengkapan yang perlu dibawa juga telah saya bereskan. Adik-adik akhawat yang tinggal berdekatan juga telah menyatakan kesediaan untuk anak-anak yang ditinggalkan.

Cuma perkara yang satu ini sahaja, menghadirkan resah dan gelisah.

“Ya ALLAH, moga ada jalan keluarnya untuk masalahku ini,” saya memanjatkan pengharapan.


EMEL TENTANG HAID
Hari ini, telah masuk hari kelima belas Ramadan 1431 hijriah. Bermakna, separuh bulan yang berkat ini berlalu sudah.

Seperti hari-hari sebelumnya, selepas menunaikan solat sunat dhuha dan mentadabbur lembaran kitab suci al Quran, saya membuka komputer untuk membaca berita-berita semasa tanahair secara atas talian, menjenguk blog, membaca emel dan tidak ketinggalan, membuka laman fb.

Dari kotak pesanan fb, satu pertanyaan daripada salah seorang kenalan menarik perhatian saya pagi ini. Persoalan itu berbunyi :

“….maafkan saya, ingin bertanya kepada Kak Ina. Saya ada kemusykilan berkaitan wanita yang dalam keadaan haid semasa malam 10 terakhir Ramadan. Bagaimanakah mereka dapat merebut pahala sama seperti orang-orang yang dapat beribadat semaksima mungkin semasa itu?

Wanita yang dalam keadaan haid, mereka tidak dapat membaca al Quran, tidak berpeluang utk qiamullail, juga tidak boleh beriktikaf di masjid, solat terawikh dan bermacam ibadah yang tidak boleh dilakukan semasa haid.


Selain berzikir dan mendengar bacaan ayat-ayat suci al Quran, apakah ibadah lain lagi yang boleh mereka lakukan? Adakah pahala mereka juga sama dengan orang-orang yang dapat beribadah semasa itu? Sudah pasti wanita-wanita dalam keadaan haid ini akan merasa rugi jika tidak dapat beribadah sebanyak mungkin ketika 10 malam terakhir Ramadhan ini, kerana pahala ibadah semasa ini amat berganda..

Saya memohon jasa baik Kak Ina untuk meleraikan kemusykilan saya ini.

Sekian terima kasih.”

Saat membaca persoalan yang diutarakan di atas, kenangan menunaikan haji 7 tahun yang lalu kembali terbayang pantas.


PANJATKAN DOA
“Abang dah jumpa doktor di klinik universiti tadi…” luah suami sebaik duduk melepaskan lelah. Kata-katanya terhenti seketika. Air kosong dari gelas yang tersedia di hadapannya diminum untuk menghilangkan dahaga. Kakinya dilunjurkan ke depan. Terpancar riak keletihan pada wajah suami kerana perjalanan yang agak jauh dari universiti. Hampir 15 minit, berjalan kaki.

“Alhamdulillah. Apa dia jawab bang? Dapat tak ubat tu?” saya bertanya, sedikit mendesak. Tidak sabar untuk mengetahui jawapan balas doktor tersebut terhadap permasalahan saya ini.

“Dia nasihatkan, tak perlu makan ubat tahan haid tu,” jawab suami ringkas. Saya mengerutkan dahi.

“Habis, macam mana kalau masa haji nanti As datang haid…” saya meluahkan kerisauan yang sejak tadi bersarang di dalam hati.

Terasa amat gundah diri ini saat membilang hari, mengenangkan tempoh haji nanti sangat bertepatan dengan tarikh kitaran haid saya.

Suami tidak segera menjawab. Pandangannya dilepaskan keluar tingkap. Beberapa ketika, kami diam tanpa kata. Hanya melayan resah yang melanda jiwa.

“Macam mana bang?” saya bertanya sekali lagi memecah sunyi. Suami menoleh.

“Kita berdoa sahaja kepada ALLAH. Mudah-mudahan permohonan kita diterima oleh-NYA,” balas suami lembut.

“Itu juga nasihat doktor pada abang tadi. Dia kata, ubat-ubat menahan haid seumpama itu ada kesan sampingannya. Lagipun, rawatan sebegini bukan 100% berkesan. Pendarahan boleh berlaku pada ketika ubat itu diambil. Jadi, dia nasihatkan, langkah terbaik, berdoa dan yakinlah dengan pertolongan ALLAH,” suami menambah.

Saya terus diam tanpa sepatah kata. Hanya jiwa tidak putus berdoa. Seluruh raga diserahkan bulat-bulat mengharap bantuan Yang Maha Kuasa.


PANDANGAN ULAMA
Berkat doa dan pengharapan yang tidak putus kepada ALLAH SWT, saya diizinkan juga oleh-NYA untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu. Cukup semua rukun haji saya kerjakan, darah haid keluar seperti biasa. Hanya, tawaf wada’ sahaja tidak dapat saya tunaikan sebelum melangkah pulang meninggalkan Makkah.

Alhamdulillah!

Saya memahami, setiap Muslimah yang beriman dan mengharapkan keredaan ILAHI amat mendambakan agar dirinya berterusan dalam keadaan suci untuk melipatgandakan ibadah di bulan yang mulia ini terutama pada sepuluh malam yang terakhir.

Kerana itu, ada sebahagian mereka yang sanggup mengambil ubat untuk menahan haid dari keluar. Mereka melakukan tindakan itu, agar dapat melaksanakan puasa dengan sempurna dan demi memastikan ganjaran dan pahala yang berlipat ganda itu dapat mereka raih sebanyaknya.

Saya tidak menafikan, wanita juga punya keinginan untuk menikmati keberkatan lailatul qadar di sepuluh hari terakhir bulan ramadhan sehingga ramai di kalangan mereka yang menggunakan ubat-ubatan tersebut untuk menghalang dari datang bulan.

Terdapat beberapa pandangan ulama silam dan kontemporari dalam membahaskan permasalahan ini. Di antaranya ialah pandangan Imam Ahmad sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah :

رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ رَحِمَهُ اللَّهُ ، أَنَّهُ قَالَ : لَا بَأْسَ أَنْ تَشْرَبَ الْمَرْأَةُ دَوَاءً يَقْطَعُ عَنْهَا الْحَيْضَ ، إذَا كَانَ دَوَاءً مَعْرُوفًا

Maksudnya : Diriwayatkan dari Imam Ahmad rahimahullah, beliau berkata, “Tidak mengapa seorang wanita mengkonsumsi ubat-ubatan untuk menghalangi haid, asalkan ubat tersebut baik (tidak membawa kesan negatif).” [ Al Mughni, 1/450, terbitan Dar ‘Alam Kutub.]

Dr Yusof al-Qardhawi juga memfatwakan keharusan pengambilan ubat untuk menangguhkan kedatangan haid ini dengan alasan, tiada dalil yang melarangnya. Dan, ia dibenarkan selama mana ubat tersebut tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.

Beliau menambah, para ulamak mutaakhirin turut membenarkan pengambilan ubat pencegah haid ini. Syeikh Mar'ie di dalam kitabnya Dalil al-Thalib yang bermazhab Hanbali menyatakan, kaum wanita dibenarkan memakan ubat sama ada bertujuan untuk mendatangkan haid atau menghalang pengeluaran biasanya. Beliau menjelaskan di dalam kitab syarahnya, bahawa asal setiap sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya. Dan, di dalam masalah ini ( mengambil ubat untuk haid ) tiada dalil yang mengharamkannya. [Fiqhu Shiyam, halaman 40]

Walaubagaimanapun, Syeikh Muhammad bin Salih Al ‘Utsaimin rahimahullah berpandangan sebaliknya apabila beliau menyatakan :

“Di dalam masalah ini saya berpandangan bahawa hendaklah wanita tersebut tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya, hendaklah dia menjalankan ketetapan Allah yang telah digariskan ke atas setiap wanita. Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi ALLAH memiliki hikmah yang amat banyak jika kita mengetahuinya. Hikmah yang dimaksudkan adalah bahawa kebiasaan datang haid ini termasuk rutin yang normal, di mana haid ini terjadi bertujuan mencegah wanita dari pelbagai bahaya yang dapat memudaratkan dirinya. Para pakar kesihatan telah menjelaskan kesan negatif dari penggunaan ubat seumpama itu, bahkan Nabi SAW juga telah bersabda:

“Laa dharara wa laa dhiraar ( tidak ada bahaya dalam syari’at ini dan tidak boleh mendatangkan bahaya tanpa alasan yang benar.)” [Sumber: Fatwa Al Islam Soal wa Jawab no. 7416, http://islamqa.com/ar/ref/7416/]


TERIMALAH KETETAPAN-NYA
Demikian juga pandangan saya sendiri. Dalam menangani persoalan yang ditanya di atas, saya suka menasihatkan para Muslimah agar berlapang dada menerima ketetapan-NYA. Antara ciri wanita yang beriman dan solehah ialah reda dan sabar dengan setiap aturan yang telah disusun oleh ALLAH SWT. Ia merupakan satu ibadah kerana kepatuhan dengan hati yang tidak berbelah bahagi dalam menerima ketetapan ILAHI juga adalah satu ketaatan yang menyediakan ganjaran yang tidak kalah berbanding mereka yang dapat melaksanakan puasa di bulan mulia ini.

Banyak lagi kebaikan yang boleh dilaksanakan sebagai ganti dari ibadah puasa, solat dan lain-lain yang tidak dapat dikerjakan kerana haid, seperti :

memperbanyak berzikir dengan bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya
memperbanyak istighfar
melipatgandakan doa
memperhebat sedekah
membantu menyediakan juadah berbuka
menolong kerja-kerja yang agak berat agar orang-orang lain yang berpuasa dapat berehat
dan lain-lain lagi kebaikan dan kebajikan yang semuanya ada nilaiannya di sisi ALLAH.

Justeru itu, Dr Yusuf al Qaradawi menyatakan di dalam fatwanya, adalah lebih baik untuk para wanita mencontohi muslimat mukminat di zaman salafus soleh yang pasrah terhadap fitrah yang dikurniakan ALLAH ke atas mereka ( yakni dalam permasalahan haid ). Mereka berpuasa dan berbuka apabila datang haid dan tidak pernah menyusahkan diri mereka supaya dapat berpuasa sebulan penuh (dengan menghalangi datangnya haid ).

Setiap ketetapan ALLAH pasti ada hikmah yang luar biasa di sebalik semua itu sebagaimana pujukan baginda Rasul SAW tatkala melihat tangisan isteri yang dikasihi, Sayyidatina ‘Aisyah r.a.


KISAH ‘AISYAH
Suatu masa, ‘Aisyah didatangi haid sebelum memasuki kota Makkah. Ketika itu, beliau sedang menemani Nabi SAW mengerjakan haji wada’. Apabila beliau mendapati keadaannya itu, dia menitiskan air mata. Lantas, Nabi SAW bertanya:

“Apa yang membuat dirimu menangis?”

“Demi Allah, pada tahun ini aku tidak boleh melaksanakan haji,” jawab ‘Aisyah dalam sendu sedan menyelubungi diri.

“Barangkali dikau mengalami haid?”baginda bertanya lagi.

“Benar,” ‘balas ‘Aisyah ringkas.

Lalu, Rasulullah SAW bersabda :

فَإِنَّ ذَلِكَ شَىْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِى مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِى بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِى

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah perkara yang sudah Allah tetapkan buat anak-anak perempuan dari keturunan Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang yang berhaji kecuali tawaf di Ka’bah hingga kamu suci.” ( Hadis riwayat Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211 )


SERAHKAN KEYAKINAN KEPADA TUHANMU
Akhirnya, saya ingin membawa satu petikan video di bawah ini yang cukup membuka jiwa. Walaupun ia tidak begitu kena mengena dengan permasalahan haid wanita dan kegusaran mereka mengenainya di bulan mulia ini, tetapi kandungannya amat bermanfaat bagi memahamkan kita tentang apa itu rasa thiqqah ( yakin dan percaya ) serta baik sangka kepada ALLAH SWT.



Setiap peraturan dan ketetapan ALLAH SWT yang bentuknya pelbagai, berupa fitrah kejadian, ibadah, larangan, kesenangan, kesusahan dan lain-lain yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ujian bagi menilai keimanan.

Insafilah, tiada yang sia-sia dari-NYA.

Untuk itu, serahkanlah keyakinan kepada ALLAH SWT, pasti DIA membalas keyakinan itu dengan rahmat, berkat dan ganjaran yang melimpah ruah dari sisi-NYA, TUHAN Yang Maha Pemurah.

Moga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

p/s : Untuk maklumat mengenai ubat pencegah haid dan kesannya, boleh baca di sini. Dan juga, hukum membaca al Quran ketika haid di sini.

Hukum Membaca Al-Qur’an Bagi Orang Junub, Wanita Haid Dan Nifas

DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2009




HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

“Ertinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DHAIF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (dia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) daripada penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]

Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy dhaif.

Imam Az-Zaila’i di kitabnya Nashbur Raayah (I/195) menukil keterangan Imam Ibnu Adiy di kitabnya Al-Kaamil bahawa Ahmad dan Bukhari dan lain-lain telah melemahkan hadits ini dan Abu Hatim menyatakan bahawa yang benar hadits ini mauquf kepada Ibnu Umar (yakni yang benar bukan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi hanya perkataan Ibnu Umar).

Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) : Di dalam sanadnya ada Ismail bin Ayyaasy, sedangkan riwayatnya dari penduduk Hijaz dhaif dan di antaranya (hadits) ini. Berkata Ibnu Abi Hatim daripada bapanya (Abu Hatim), “Hadits Ismail bin Ayyaasy ini keliru, dan (yang benar) dia hanya perkataan Ibnu Umar”. Dan telah berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (yaitu Imam Ahmad dia berkata), “(Hadits) ini bathil, “Beliau mengingkari (riwayat) Ismail. Sekian daripada Al-Hafidz Ibnu Hajar.

Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar

“Ertinya : Daripada jalan Abdul Malik bin Maslamah (dia berkata) Telah menceritakan kepadaku Mughirah bin Abdurrahman, daripada Musa bin Uqbah dan Naafi, daripada Ibnu Umar, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi orang junub membaca sedikitpun juga daripada (ayat) Al-Qur’an”

DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)

Al-Hafidz Ibnu Hajar telah melemahkan riwayat di atas disebabkan Abdul Malik bin Maslamah seorang rawi yang dhaif (Talkhisul Habir 1/138)

Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar.

“Ertinya : Daripada seorang lelaki, dari Abu Ma’syar, dari Musa bin Uqbah, dari Naafi, dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Perempuan yang haid dan orang yang junub, keduanya tidak boleh membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)

Saya berkata : Riwayat ini dhaif kerana : Pertama : Ada seorang rawi yang mubham (tidak disebut namanya yaitu dari seorang lelaki). Kedua : Abu Ma’syar seorang rawi yang dhaif.

Hadits yang lain dari jalan Jabir bin Abdullah.

“Ertinya : Dari jalan Muhammad bin Fadl, dari bapanya, dari Thawus, dari Jabir, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi perempuan yang haid dan nifas (dalam riwayat yang lain : Orang yang junub) membaca (ayat) Al-Qur’an sedikitpun juga (dalam riwayat) yang lain : Sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an)”

MAUDHU’, Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (2/87) dan Abu Nua’im di kitabnya Al-Hilyah (4/22).

Saya berkata : Sanad hadits ini maudhu (palsu) kerana Muhammad bin Fadl bin Athiyah bin Umar telah dikatakan oleh para Imam ahli hadits sebagai pendusta sebagaimana keterangan Al-Hafidz Ibnu Hajar di Taqrib-nya (2/200). Dan di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) beliau mengatakan bahawa orang ini matruk.

Ketika hadits-hadits diatas dari semua jalannya dhaif bahkan hadits terakhir maudhu’, maka tidak boleh dijadikan sebagai dalil larangan bagi perempuan haid dan nifas dan orang yang junub membaca Al-Qur’an. Bahkan telah datang sejumlah dalil yang membolehkannya.

Pertama : Apabila tidak ada satu pun dalil yang sah (shahih dan hasan) yang melarang perempuan haid, nifas dan orang yang junub membaca ayat-ayat Al-Qur’an, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum asal tentang perintah dan keutamaan membaca Al-Qur’an secara mutlak termasuk perempuan haid, nifas dan orang yang junub.

Kedua : Hadits Aisyah ketika dia haid sewaktu menunaikan ibadah haji.

“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata : Kami keluar (menunaikan haji) bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam (dan) kami tidak menyebut kecuali haji. Maka ketika kami sampai di (satu tempat bernama) Sarif aku haid. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis, lalu beliau bertanya, “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Jawabku, “Aku ingin demi Allah kalau sekiranya aku tidak haji pada tahun ini?” Jawabku, “Ya” Beliau bersabda, “Sesungguhnya (haid) ini adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh kerana itu kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang haji selain engkau tidak boleh thawaf di Ka’bah sampai engkau suci (dari haid)”

Shahih riwayat Bukhari (no. 305) dan Muslim (4/30)

Hadits yang mulia ini dijadikan dalil oleh para Ulama di antaranya amirul mu’minin fil hadits Al-Imam Al-Bukhari di kitab Shahih-nya bahagian Kitabul Haid bab 7 dan Imam Ibnu Baththaal, Imam Ath-Thabari, Imam Ibnul Mundzir dan lain-lain bahawa perempuan haid, nifas dan orang yang junub boleh membaca Al-Qur’an dan tidak terlarang. Berdasarkan perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Aisyah untuk mengerjakan apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain thawaf dan tentunya juga terlarang shalat. Sedangkan yang selainnya boleh termasuk membaca Al-Qur’an. Kerana kalau membaca Al-Qur’an terlarang bagi perempuan haid tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskannya kepada Aisyah. Sedangkan Aisyah saat itu sangat memerlukan penjelasan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam apa yang boleh dan terlarang baginya. Menurut ushul “mengakhirkan keterangan dari waktu yang diperlukan tidak boleh.

Ketiga : Hadits Aisyah.

“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdzikir atas segala keadaannya” [Hadits shahih riwayat Muslim (1/194 dan lain-lain]

Hadits yang mulia ini juga dijadikan hujjah oleh Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain imam tentang bolehnya orang yang junub dan perempuan haid atau nifas membaca Al-Qur’an. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdzikir kepada Allah atas segala keadaannya dan yang termasuk berdzikir ialah membaca Al-Qur’an. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikra [2] (Al-Qur’an) ini, dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan (tetap) menjaganya” [Al-Hijr : 9]

“Dan Kami turunkan kepadamu Adz-Dzikra (Al-Qur’an) supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka dan agar supaya mereka berfikir” [An-Nahl : 44]

Keempat : Surat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Heracleus yang di dalamnya berisi ayat Al-Qur’an sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Hadits yang mulia inipun dijadikan dalil tentang bolehnya orang yang junub membaca Al-Qur’an. Kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat dari janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menulis surat kepada mereka yang didalamnya terdapat firman Allah.

Kelima : Ibnu Abbas mengatakan tidak mengapa bagi orang yang junub membaca Al-Qur’an (Shahih al-Bukhari Kitabul Haidh bab 7).

Jika engkau berkata : Bukankah telah datang hadits bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membaca Al-Qur’an ketika janabah?

Saya jawab : Hadits yang dimaksud tidak sah dari hadits Ali bin Abi Thalib dengan lafadz.

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari tempat buang air , lalu beliau makan daging bersama kami, dan tidak ada yang menghalangi beliau sesuatupun juga dari (membaca) Al-Qur’an selain janabah:

DHAIF. Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 229), Tirmidzi (no 164), Nasa’i (1/144), Ibnu Majah (no. 594), Ahmad (1/83, 84, 107 dan 124), Ath-Thayaalis di Musnad-nya (no. 94), Ibnu Khuzaimah di Shahih-nya (no. 208), Daruquthni (1/119), Hakim (1/152 dan 4/107) dan Baihaqiy (1/88-89) semuanya dari jalan Amr bin Murrah dari Abdullah bin Salimah dari Ali, marfu (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam berbeza seperti diatas)

Hadits ini telah dishahihkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim, Adz-Dzahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawiy dan Syaikhul Imam Ahmad Muhammad Syakir di takhrij Tirmidzi dan takhrij musnad Ahmad.

Dan hadits ini telah didlaifkan oleh jama’ah ahli hadits –dan inilah yang benar- Insya Allah di antaranya oleh Syu’bah, Syafi’iy, Ahmad, Bukhari, Baihaqiy, Al-Mundziriy, An-Nawawi, Al-Khathaabiy dan Syaikhul Imam Al-Albani dan lain-lain.

Berkata Asy-Syafi’iy, “Ahli hadits tidak mentsabitkan (menguatkan)nya”. Yakni, ahli hadits tidak menguatkan riwayat Abdullah bin Salimah. Kerana Amr bin Murrah yang meriwayatkan hadits ini Abdullah bin Salimah sesudah Abdullah bin Salimah tua dan berubah hafalannya. Demikian telah diterangkan oleh para Imam di atas. Oleh kerana itu hadits ini kalau kita mengikuti kaedah-kaedah ilmu hadits, maka tidak ragu lagi tentang dhaifnya dengan sebab di atas yaitu Abdullah bin Salimah ketika meriwayatkan hadits ini telah tua dan berubah hafalannya. Maka bagaimana mungkin hadits ini sah (shahih atau hasan)!. Selain itu hadits ini juga tidak boleh dijadikan dalil larangan bagi orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas membaca Al-Qur’an, kerana semata-mata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membacanya dalam junub tidak bererti beliau melarangnya sampai datang larangan yang tegas dari beliau. Ini kalau kita takdirkan hadits di atas sah, apalagi hadits di atas dhaif tentunya lebih tidak mungkin lagi dijadikan sebagai hujjah atau dalil!

Meskipun demikian menyebut nama Allah atau membaca Al-Qur’am dalam keadaan suci (berwudlu) lebih utama yakni hukumnya sunat berdasarkan hadits shahih di bawah ini.

“Ertinya : Dari Muhaajir bin Qunfudz, sesungguhnya dia pernah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau sedang buang air kecil (kencing), lalu ia memberi salam kepada beliau akan tetapi beliau tidak menjawab (salam)nya sampai beliau berwudlu. Kemudian beliau beralasan dan bersabda : ”Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah (berdzikir) kecuali dalam keadaan suci (berwudlu)” [Hadits shahih riwayat Abu Dawud dan lain-lain]

[Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
_________
Footnotes
[1]. Saya nukil dari Baihaqiy dengan ringkas yang menukil dari Bukhari
[2]. Adz-Dzikra adalah salah satu nama dari nama-nama Al-Qur’an



http://www.almanhaj.or.id/content/2419/slash/0

Thursday 19 August 2010

Artikel : Kematian

Walaupun soalan dah bocor tapi preparation masih ......tidak seberapa.

Ya Allah, Ya Rahman ku mohon bantuan mu, utk meningkatkan iman dan amalku.
Jadikan setiap denyut jantungku meningati Mu, berharap dan takut kpdMu.

aamin.


8 Ramadhan 1431H.
Oleh : Md Zainal mzd

Di pagi hari kelapan Ramadhan ini saya ingin berkongsi ilmu sebagaimana yang disampaikan dalam Kuliah Subuh di sebuah mesjid yang saya hadiri..

• Setiap insan atau manusia akan menemui mati dan mati itu akan datang tepat pada masanya, tidak terawal awal terlewat sedetik pun.

• Setiap manusia Islam yang menemui kematian akan dibangkitkan semula dan pasti bertemu Allah di hari perhitungan.

• Hari perhitungan juga dikenali sebagai hari pembalasan dan di hari tersebut ada tiga perkara yang setiap manusia pasti akan merasa takut kepadanya:

1. Ketakutan Pertama: Apakah dia akan menerima buku laporannya dengan tangan kanan atau pun tangan kiri. Tangan yang diangkat ini adalah dengan perintah Allah dan tiada boleh diubah bergantung kepada apa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia ini. Jika baik keseluruhan pengisian hidupnya maka tangan kanan akan terangkat dan Allah akan menyerahkan rekodnya kepadanya melalui tangan kanannya maka baiklah nasibnya manakala kalau buruk pengisian hidupnya maka rekod akan dicampakkan kepada tangan kirinya dan buruklah nasibnya disisi tuhannya.

2. Ketakutan Kedua : Untuk melihat neraca atau alat pertimbangan untuknya samaada akan senget kekanan atau senget kekiri, kalau senget kekanan maka baiklah nasibnya manakala kalau senget kekiri akan buruklah nasibnya.

3. Ketakutan Ketiga: Setelah dibuat pertimbangan, apakah dia akan dijemput dan dipelawa dengan senyuman dan ucapan selamat datang ke Syurga ALLAH atau akan ditendang dan dicampakkan ke dalam neraka.

• Dihari perhitungan nanti, setiap individu tiada terkecuali akan melalui 7 pusat pemeriksaan.

1. Soalan Pertama : Bagaimana imannya, ada imankah dia , kuruskah imannya, gemukkah imannya, kosongkah imannya, berimankah isterinya, berimankah anak-anaknya, berusahakah dia menanam iman kepada anak-anak dan ahli keluarga dibawah jagaannya.

2. Soalan Kedua ; Bagaimana kesempurnaan solat lima waktunya dan ahli keluarganya, berusahakah dia menyempurnakan solat ahli keluarga dan orang-orang dibawah jagaannya..

3. Soalan Ketiga : Bagaimana pengeluaran zakat fitrah untuk diri dan ahli keluarga dibawah jagaannya. Bagaimana pula zakat hartanya, cukupkah nilai dan tepatkah tempoh pembayarannya. Ikhlaskah dia sewaktu mengeluarkannya.

4. Soalan Keempat: Bagaimana puasa Ramadhannya, cukup dan sempurnakah perlaksanaannya. Bagaimana dia mengajak dan mengasuh ahli keluarganya untuk mendirikan dan menyempurnakan puasa mereka..

5. Soalan Kelima : Sudahkah dia mengerjakan Haji dan Umrah dan bagaimanakah perlaksanaannya, sempurnakah ia dan ikhlaskah ia dalammenyempurnakan ibadat tersebut. Jika tidak mampu , apakah benar-benartidak mampu dan semua pendapatannya digunakan untuk perkara-perkara yang benar-benar diredhai Allah dan bukan kepada perkara yang tidak diredhaiNya.

6. Soalan Keenam: Berkaitan Mandi Janabah, dalam hidupnya selepas dia mencapai umur akil baligh apakah dia menyempurnakan mandi janabah dengan betul dan sempurna. Apakah dia membimbing ahli keluarganya dalam perkara berikut, ibu bertanggungjawab untuk membimbing anak perempuannya dan bapa menjadi pembimbing anak lelakinya, perkara ini perlu diasuh dan dijalankan dengan betul. Guru sekadar membantu dan mereka ada sekatan dalam memperincikannya. Jika tidak sempurna sudah tentu semua ibadat yang berkaitan dengannya akan menjadi sia-sia sahaja.

7. Soalan Ketujuh dan terakhir; Bagaimana silaturrahim antara dia dengan ahli keluarganya, dengan kedua ibubapanya , dengan kedua ibubapa isteri atau suaminya, antara dia dan guru-gurunya, antara dia dan orang-orang lebih tua darinya, antara dia dan jiran-jirannya dan antara dia dan orang yang pernah ada dalam hidupnya.

Jika ada mana-mana yang tidak sempurna atau belum sempurna, ambillah peluang Ramadhan ini dan hari-hari yang masih berbaki ini untuk memperbaiki diri kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput ALLAH untuk mengadapnya semula , mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok atau mungkin sebentar lagi.

* Catatan dan penulisan ini, mungkin tidak sempurna tetapi jadikanlah ia renungan dan penghayatan kita bersama.

Sunday 15 August 2010

Ramadhan Mubarak 1431-2010

Alhamdullilah,

Ramadhan datang lagi. Telah 1 bulan lebih kami kembali ke bumi Malaysia setelah 6 tahun berkelana di bumi Inggeris. Allahuakhbar....rindu datang menerjah - merindui Lancaster dalam diam .....rindu Ramadhan yang serba sederhana, rindu Ramadhan yang indah di bumi Lancaster.

Moga lipatan sejarah ini tetap terpahat kerana terlalu banyak yang sentiasa dikenang dan dirindui.

Ukuhuwah
Terjemahan maksud sebenar kehidupan melalui perjalanan Phd
Kematian
Kesabaran
Berusaha menjadi insan yang lebih baik.....

Indahnya. Alhamdullilah.

Kini, di sini mencari dan cuba menanamkan apa yang baik di sana.
Sukar mungkin..tapi itulah ujian....
Apa tujuan kita untuk hidup?

Masih banyak yang perlu diteruskan dan diusahakan.
Merasa cemburu dengan orang-orang yang rehatnya cuma di alam barzakh...

Moga Allah swt berikan kekuatan, kesabaran serta rahmah dan kasihNnya buat diri hamba yang serba lemah ini.

Ingin sekali ku coretkan suka duka perjalana Phd ini di sini agar menjadi pedoman oarnag lain. Tidak semuanya indah tetapi melaluinya ku mempelajari banyak makna hidup yang Allah ajarkan.

Cukuplah di sini dulu.

Insyallah, kuatkan azam, tingkatkan amalan di Ramadhan ini, kerana tidak pasti sama ada bertemu atau tidak di Ramadhan akan datang.

Ku akhiri dengan doa dari Semanis Kurma(doa memohon rahmat dari Allah swt):



وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬ا‌ۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًا‌ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥)


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). / (15)

My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favour wherewith Thou hast favoured me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me in the matter of my seed. Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee). (Surah Al Ahqaaf:15)

Sunday 25 July 2010

Berkaitan hukum tentang memotong kuku dsbnya ketika berjunub

Terima kasih kpd penulis. Moga Allah swt merahmati usaha beliau.

Memotong kuku dan rambut ketika berjunub
9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Telah disebut dalam kitab syarah Iqna' matan kepada Abi Syuja' kitab fekah dlm mazhab Syafie :Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihyaa Ulumuddin:

"Tidak boleh mencukur, memotong kuku, mencukur bulu ari2, mengeluarkan darah atau memotong sebahagian anggotanya dalam keadaan berjunub. Ini kerana seluruh anggotanya anggota badannya akan dikembalikan diakhirat yg menyebabkan anggota yg dipotong ketika junub akan kembali dalam keadaan berjunub. Dikatakan: Sesungguhnya setiap bulu akan menuntut hak jenabah mereka"

Syeikh Atiah berkata:

"Kenyataan ini tidak bersandarkan kepada dalil yg melarang melakukan perkara demikian ketika berjunub. Tidak wujud juga dalil yg mengatakan anggota yg dipisahkan ketika berjunub akan menuntuk haknya pada hari kiamat."

Imam as-Safarini telah berkata dlm kitabnyaa ghizaul albab:

"Imam Ibnu Taimiah telah diajukan soalan seumpama ini dan menjawab(ini adalah dalil2 yg menunjukkan boleh memisahkan anggota ketika berjunub):

1. Telah datang hadis Nabi s.a.w berkata ketika Abu Hurairah malu berjumpa dgn Nabi ketika berjunub:

إن المؤمن لا ينجس حيا ولا ميتا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang beriman tubuhnya bukan najis hidup atau mati."

(ini menunjukkan suruhan mandi dan wuduk bukan kerana anggota manusia itu najis ketika berjunub tetapi sekadar suruhan ta'abbudi. jadi tidak ada maslah nak memisahkan anggota seperti rambut ketika berjunub)

2. Nabi s.a.w bersabda kepada orang yg masuk Islam:

ألق عنك شعر الكفر واختتن
Maksudnya: "Buanglah rambut kekufuran kamu dan berkhatanlah."

Disini Nabi s.a.w menyuruh orang yang baru masuk Islam utk buang rambut dan berkhitan. Nabi s.a.w tidak menyuruhnya untuk mandi dulu sebelum buang rambut dan berkhitan. Umumnya sabda Nabi s.a.w menunjukkan boleh mendahulukan mana2 yg dikehendaki.

3. Wanita yg berhaid disuruh menyikat rambutnya ketika mandi sedangkan bersikat boleh mengugurkan rambutnya. Maka ini menunjukkan tidak makruh yang demikian.

4. Apa yg disebut berkenaan dgn anggota yg terpisah meminta haknya di hari kiamat itu adalah dalil yg tidak ada sandaran dari mana2 kitab suci Al-Quran atau Hadis.

5. Ata' berkata:

"Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur kepalanya sekalipun tidak berwuduk." (HR Bukhari)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Oleh kerana yg demikian tidak dilarang memotong rambut dan kuku ketika sedang berjunub."

Monday 21 June 2010

Hari Bapa

Ibu tidak pernah menyambutnya. Cuma kekadang ada sekali sekala bila usia sudah menganjak dan merantau di negara org tersentuh hati melihat mereka meraikannya. Sungguh, Islam tiada hari tertentu utk meraikan sang ibu mahupaun bapa, tetapi hati ini tersentuh bila melihat mereka meraikan, melafazkan rasa cinta dan sayang buat bapa mahupun ibu.

Bila membaca coretan Ummu Husna, ibu tersentuh sekali bila membaca nukilan puisi indah beliau.

“Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, kupanjatkan doa buat dua insan ini,

Insan yang menjadi sebahagian dari hidupku yang sementara,

Moga berkekalan hendaknya mereka di sisiku hingga ke syurga sana,

Seorang suami yang penuh cinta mencurah kasih kepada isteri dan anak-anaknya,

Seorang ayah yang penuh juang mencari nafkah buat keluarga,

Nama mereka sentiasa kujulang dalam setiap munajat,

Lantaran namaku juga sentiasa basah di bibir mereka kala berdoa,

Mereka menasihatiku ketika aku lupa dan alpa,

Mereka menyayangiku seadanya ‘aku’ sebagai seorang manusia,



Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang,

Aku memberikan senyumku buat merawat duka di hati mereka,

Dan aku memerlukan senyuman mereka buat mendamai resah di jiwa,

Aku memberikan dokonganku buat meneguh impian mereka,

Dan aku juga memerlukan dokongan mereka buat mencapai impian dan cita-cita,






Wahai Dzat yang Maha Mendengar,

Lantaran itu, aku berdoa untuk mereka, memohon dari jiwa hamba yang hina,

Hadirkanlah keikhlasan dan keteguhan iman dalam setiap tindakan mereka,

Kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka mendepani badai kehidupan,

Anugerahilah keberkatan usia sepanjang perjalanan mereka di dunia,

Agar mereka bertemu-Mu kelak dengan usia dan usaha yang tidak sia-sia







رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya :"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” ( Surah al Ahqaaf ayat 15 )


Ameen Ya Rabbal ‘alamin.


*********************


Buat suami yang dikasihi, Jasmin Saihon dan ayahanda tercinta, Kamaruddin Othman :


Not a day goes by,

When I don’t think of you,

And wish the very best for you,

And I just want you to know that…

In my heart, you’re always with me..
---------------------------------------------------------------------------

Seketika, ibu tersedar, ibu sudah tiada bapak yang sentiasa dan tidak pernah melupakan mendoakan anak-anaknya. Walaupun bapa garang dan tidak berapa mesra dengan anak-anak (mungkin bapak tidak pandai melahirkan dengan cara dan kata). Tapi disetiap solat dan doanya , tidak pernah putus-putus buat kami.

Masih ku ingat waktu aku mengambil peperiksaan darjah 5, bapa akan berpuasa selama mana aku periksa, sehinggalah sekarang..bapa tak putus-putus mendoakan, tahajjud, dan hajat buat diriku....

Kini ku rasa hilang separuh jiwaku, hilang doa bapa hilang serba serbi....
Bila kekadang iblis berbisik di telinga....dengan kata-kata berbisa.... aku jadi sedih dan terpedaya....cepat-cepat ku beristifar dan berprasangka baik dengan Allah swt....

Ujian datang dan pergi, mudahan aku menjadi hamba yg tinggi iman dan amal.
Moga aku menjadi anak soleh asbab bapa ke syurga Firdaus, begitu juga adinda-adinda yg lain.

Bapa, Intan sayang bapa.....Maaf kan Intan krn penat buat bapa menunggun Intan pulang dengan kejayaan.

Saturday 12 June 2010

Kamaruddin Othman dalam doa ku selalu....

Bapak,
Ampunkan segala dosa Intan.
Ingin sekali ku cium dirimu....
Ingin sekali ku lafazkan cintak ku.....
Ingin sekali ku usap rambutmu....
Ingin sekali ku lihat girang senyummu.....

Tapi apakan daya....
Aku hanya hamba yg lemah
Yang tiada upaya...
Yang tiada kuasa.....
Aku tahu Kau Maha Esa,Maha Kuasa
Ampun segala dosanya....
Kasihkan dia , ringankan segala ujian di sana
Moga hidupnya tenang dan bahagia di sana....
Moga aku menjadi anak yg memberatkan timbangan kanannya....
Sesunggunya......pergantungan ku dan dia hanya padaMu Ya Rabbku.

Ampuni dosanya, rahmati dia, ringankan urusanya di sana....
Bapa moga tidurmu di sana , seindah pelangi ....
Walau sesusah manapun... akan ku taatkan Phd ini untukmu bapa....lillahitaala....

Thursday 10 June 2010

Kontena 9 June 2010


Gambar daripada Lubna FB. Tq.

Alhamdullilah X100. Dgn izinNya, saya sekeluarga dipertemukan dgn keluarga Lancaster. Semua brg telah selamat diangkat. Terima kasih tidak terhingga. Jasa keluarga Lancaster. Tidak akan kami lupakan. Moga Allah swt memberkati semua pertolongan direct dan indirect. Moga Allah swt memberikan yg terbaik buat semua dunia dan akhirat.aamin. Love you all-lillahitaala. [Azrina]

sabda nabi Muhammad SAW,

"Barang siapa yang meringankan beban orang mukmin di dunia, maka nanti pada hari kiamat Allah akan meringankan beban darinya beban-beban hari kiamat".

Alhamdullilah, praise due to Allah swt. Semua barang kami serta 2 family lain telah selamat berada di dalam kontena. Ramai yg sudi menolong tidak kira yg tua atau muda, yg bujang atau bekeluarga. Itulah ikatan silaturahim yg lahir dari zat Allah swt Rahman dan Rahim yg mudahan sentiasa mengalir dalam diri kita. Nikmat Allah swt yg tidak boleh didustakan.

Ibu just nak note down few tips bits here and there. Mungkin boleh dijadikan panduan dan pelajaran serta iktibar buat semua. Insyallah.


Before the 'hari kejadian'
1) If you dah jangka bila nak balik atau apa sahaja berkat petunjuk dari Allah swt, maka, mulalah berkemas.

2) Start with barang kaca spt pinggan mangkuk yg tidak pakai, crystal, atau apa sahaja deko yg berkaitan dgn kaca.

3) balut dengan baik serta kemas dan masukkan dalam kotak yg tidak besar. Guna kotak yg tebal dan tahan lasak spt kotak printer, atau komputer.

4) Pastikan kotak tidak bergoyang dan mampat apabila barangan sudah masuk kotak. Kalau tidak mampat, perlulah mampatkan dgn masukkan kain baju yg tidak dipakai atau old newspaper.

5) Sambil balut, berdoalah kpd Allah swt agar barang sentiasa di dalam peliharaannya jika ianya baik utk kita. Insyallah. Atau berzikir kpd Allah swt.

6) Kotak-kotak kecil ni kalau boleh ambil bebanyak.

7) Then , sort baju anak2 atau kita. Mana yg masih okay dsbnya.

8) Jika rasa elok dan tak muat dan niat nak bagi kpd org miskin di Malaysia-saudara mara yg daif maka moleklah dikotakkan juga baju2 tersebut.

9) Then, buku-buku anak, cerita , dan yg berkaitan dgn buku. Juga kotak yg tidak besar. Sebab buku pun berat juga.

10) Jika bulan/hari makin hampir maka eloklah dibuat jadual , apa yg perlu disiapkan
pd hari tersebut.

11) Mmg kita rasa penat, tapi kuatkan hati dan pergantungan kpd Allah swt. Insyallah, hati kita akan tenang dan dapat buat proses bungkus dgn baik.

12) Jgn sangka buruk jika tiada yg dapat membantu.

13) Jika ada yg ingin membantu, tapi tuan rumah cakap okay dan tidak apa, heheheh itu semua bohong semata. Sebab kekadang tuan rumah sudah blur dan tak tau apa yg perlu dibuat. Mungkin tuan rumah tidak mahu menyusahkan kawan-kawan tetapi jika anda datang juga dan turut beri bantuan, sememangnya tuan rumah akan merasa syukur sangat2. Itulah berkat doa dan pergantungan kita kpd Allah swt.

14) Beberapa hari atau sebulan sebelum kontena datang, bermesyuaratlah dengan kawan-kawan berkenaan siapa yg boleh bantu memasak makanan sebagai tanda terima kasih kpd yg datang membantu. Sebab sememangnya pd hari kejadian, kita dah tak boleh nak fikir apa dah sebab sudah exhausted minda dan badan. Lantiklah ketua chef. Insyallah memang mudah. Bincanglah apa yg perlu dimasak, tuan rumah belikan bahan mentah dan minta tolong kawan-kawan gotong-royong menyediakan juadah.

15) Lelaki pula perlu bermesyuarat atau melantik di kalangan mereka yg pakar dan mahir dengan keadaan kontena. Ini dapat membantu mempercepatkan proses perpindahan dan penyusunan barang-barang di dalam kontena. Sebab pd hari kejadian tuan rumah akan ke hulu dan kehilir. Sama juga dgn isteri tuan rumah sudah penat fizikal dan mental.

16) Jika byk kotak kecil, boleh juga disatukan kotak-kotak kecil ke dalam kotak besar.

17) Jika ada perabot, balutlah dengan duvet/selimut/sarung duvet dsbnya. Kalau perabot byk maka perlu ada byk bahan-bahan tersebut. Perlu ada cling film. Insyallah, jika izin Allah swt, barang kita selamat maka selamatlah ia.

17a) Labellah semua kotak dengan numbering sistem serta rekodkan di dalam kertas/buku nota anda. Cth kotak 1 = pinggan portmerion utk mak mertua, Kotak 2 = buku agama dsbnya. Kalu rajin buat 2 salinan, 1 salinan yg complete dan detail utk tuan rumah dan 1 salinan yg general utk kastam/pal shipping. Label juga dengan nama dan alamat lengkap tuan rumah.

18) Seminggu sebelum hari kejadian, jika ada jiran atau kawan-kawan yg baik hati bolehlah menghantar makanan kpd tuan rumah. Ini kerana tuan rumah dah tak kuasa nak masak. Jadi dgn adanya makanan, kuranglah sedikit rasa pressure tuan rumah. Sebab di sini bukan macam Malaysia boleh beli kat depan taman rumah kita sahaja. Jadi ingatan
anda dengan menghulur makanan, memang mengurangkan beban tuan rumah. Ini pun bolehlah buat mesyuarat atau atas dasar ikhlas kawan-kawan menghantar makanan kpd tuan rumah.

19) Sentiasa solat hajat dan bermunajat kpd Allah swt agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Jika ada kesulitan pun , kita doa agar kita sabar dan redho dgn segala ujian yg datang. Turut berdoa agar yg datang membantu sihat selepas proses angkut barang.

20) Pd hari kejadian, lebih ramai datang, maka insyallah mudahlah urusan kita. Kita dengarlah sahaja arahan person-in-charge, jika ada yg tak kena kita suarakan hanya kpd person-in-charge , insyallah person-in-charge boleh menerimanya.(person-in-charge tidak semestinya tuan rumah , may be somebody who is knowledgeable utk handle container).

21) Last but not least, buatlah doa selamat apabila semua barang telah selamat masuk kontena. Mudahan semua nya selamat dengan izin Allah swt jua. Apa yg terjadi , kita perlu menerima dengan sabar dan redho. Kalu ada yg pecah atau patah, tidaklah kita menyalahkan sesiapa, itu maknanya bukan rezeki kita dan adalah hikmah disebalik kejadian.

Harapnya , tip-tip ini dapat mebantu sedikit sebanyak urusan kawan-kawan nanti. Insyallah. Nota ini dibuat berdasarkan pengalaman diri sendiri dan melalui observation kawan-kawan lain.

Nota ini terpulang kpd masing-masing utk menggunakanya. Yang terbaik itu semestinya dari Allah swt yg lemah dan lalai datangnya dari diri saya sendiri.

Yang paling penting bantuan yg dihulurkan tidak kira dlm bentuk apa sekalipun(doa, tenaga, masa, telefon, email, FB,) mestilah utk mendapatkan redho Allah swt.

Boleh rujuk link ini megenai : Kenapa kita membantu orang lain?

Mohon maaf jika ada salah bahasa. Minta email kpd saya jika ada yg perlu ditambah.

Moga ianya bermanfaat.

Tuesday 25 May 2010

Ku pergi Jua

Ibu akan meninggalkan bumi Allah yg satu ini, setelah 6 tahun berjuang utk sebuah kejayaan serta amanah, tetapi ibu belum mencapai jaya serta langsaikan amanah yg satu ini. Moga Allah swt permudahkan jua.

Hanya ingin mengumpul kenangan indah di atas persahabatan anugerah Allah swt. Moga kita bersama di syurga Firdaus hendaknya.

Assalamualaikum wbt,

Syukur dan penuh rasa kehambaan terhadap segala kurniaan Allah swt kpd kami sekeluarga.

Saya merasa sungguh terharu dan gembira dgn silaturrahim sesama kita. Sungguh kurniaan Allah swt akan persaudaraan ini amat bermakna sekali, terutama detik2 akhir saya sekeluarga di sini.

Bila hati pilu dan sedih dgn cara manusia lain meladani saya, anda semua ada bersama saya. Cuba memberi saya keyakinan dan semangat. Sungguh dari Allah swt jua didatangkan anda semua dalam hidup saya. Syukur saya kpd Ya Rabb dan moga Allah swt terusan melimpahi rahmah serta barakahnya kpd saudara semua.

Sungguh walaupun baru kenal adik2 Coulston Road, Ruzy and Yana (new off campus) family members, saya dapat merasakan agar ukuhuwah kita ini berpanjangan dan saling kita berpesan2 kpd kebenaran dan cuba perbaiki diri agar menjadi hamba terbaik di
mata Allah swt.

Saya sekeluarga juga mengucapkan terima kasih di atas, semua jemputan makan yg selalu port nya rumah KAK Norni and Ruzy , Moga Allah swt terusan melimpahi barakah, rahmah serta semua yg terbaik dunia akhirat buat kakanda Norni and Adinda Ruzy sekeluarga.aamin.

Buat adinda Coulston Road, usah bersedih hati di atas ujian menimpa anda, berdoa dan terus berdoa ye adik2 sayang. Insyallah, Allah swt itu Maha Pemurah dan Penyayang. Jaga diri, jika rasa hati disakiti, jgn pendam dalam hati,carilah org yg boleh anda percayai , cubalah ceritakan. Memang kpd Allah swt kita berserah, tetapi kadangkala kita rasa 'I need shoulder to cry on' so you can always find us and we are happy to lend our shoulder. Insyallah.

Buat Yana, harapnya merasa selesa dgn kami. Jika tak selesa harap dapat memberi teguran kpd kami.

Buat kak Nazihah - jgn rindu saya pula nanti hahahahaha....kalau rindu kirimkan doa di setiap solat fardu.

Buat semua, mohon agar kita sama2 mendoakan agar keluarga off-campus sentiasa dirahmati, diberkati dan diampuni segala dosa2 kita.Moga persaudaraan kita terjalin indah krn Allah swt. Jgn lupa utk titipkan doa buat kita semua, utk adik2 insyaallah bila kami habis solat kami doakan yg terbaik. Bila kami solah hajat , kami doakan adik2.

Agak sentimental di pagi ini. Tapi penuh rasa kesyurkuran kpd Allah swt. Moga kita semua bersatu di syurga Firdaus. aamin.

salam penuh kasih sayang,
kak rina



Iklasmu…seindah serinya pelangi nan indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Ikhlasmu… masih terbayang serinya di mataku
Sehingga terkenang di dalam doaku

Sahabatku…
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya… walau hilang mu jauh dari mataku
Tetap kuabadikan dalam jiwaku

Sepinya... harapan yang selama ini kubawa
Jatuh berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Oh... Kau pergi jua
Ketika perjuangan kita membara
Belum puas kucurahkah kasihku
Kau pergi tinggalkanku

Sahabatku…
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mataku
Tetap kuabadikan di dalam jiwaku


It doesn't take blood to have a family...

Monday 17 May 2010

Moga MALAYSIA di bawah payung rahmah Allah

Anakanda,

Malaysia bebaru ini tampil dengan berita terbaru.
Cukup2lah dengan masalah/gejala buang bayi, kini tiba pula ujian baru buat umat Islam
Malaysia.

Ibu tidak pandai berhujah, tetapi ibu tahu berjudi itu haram hukumnya.

Untuk maklumat lanjut boleh layar web UZAR untuk justifikasi.

Ibu sekadar mampu bersuara tidak setuju 100%.
Dan mendoakan agar Allah swt melimpahi rahmahNya serta tidak menurunkan bala
spt tsunami ke atas Malaysia. Moga Allah swt tidak murka kpd kami.
Moga Allah swt berikan hidayah dan petunjuk kpd manusia yg tamak serta gelojoh dengan nafsu kuasa dan duit. aamin.

Sila rujuk pendapat yg lebih arif UZAR

Friday 7 May 2010

Doa di dalam al-Qur'an

Doa di dalam al-Qur'an


Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,

"Pemelihara kamu berkata, 'Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60)

Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan merendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya,

"Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia ..... dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik." (7:55-56)

Juga, Allah diseru dengan menuluskan agama untuk-Nya

"Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (40:65)

Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah menjadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya,

"Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa." (17:11)

"Manusia tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa." (41:49)

Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah.

Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah, adalah, pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik, berbunyi,

"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7)

Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an:

Tidak menjadi orang bodoh:

"Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh." (2:67)

Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:

"Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'" (2:127-129)

Yang baik di dunia dan di akhirat:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)

Ketika bertemu musuh dalam peperangan:

"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:250)

Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:

"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:286)

Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:


"Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu." (3:8-9)

Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:

"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)

Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):

"Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:36)

Mendapatkan anak:

"Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa." (3:38)

Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:


"Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau menurunkan, dan kami mengikuti rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan." (3:53)

Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:

"Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya." (3:147)

Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):

"Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu." (3:191-194)

Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:

"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)

Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:


"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)

Kesabaran dan kemusliman:

"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126)

Taubat:

"Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." (7:143)

Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:


"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (7:151)

Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:

"Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." (7:155-156)

Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:

"Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya." (10:85-86)

Doa Nabi Musa terhadap Firaun:


"Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih." (10:88)

Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:


"Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi." (11:47)

Doa Nabi Yusuf:

"Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101)

Doa Nabi Ibrahim:

"Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:35-41)

Doa untuk ibu bapa:

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an):

"Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap." (17:80-81)

Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami." (18:10)

Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:

"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini." (18:24)

Apabila memasuki kebun:

"Seperti yang Allah mengkehendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah" (18.39)

Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati." (19:4-6)

Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:

"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku." (20:25-28)

Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):


"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)

Apabila disentuh penderitaan:


"Sesungguhnya, penderitaan telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (21:83)

Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:


"Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu menyifatkan." (21:112)

Setelah didustakan orang:


"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku." (23:26)

Tempat berlabuh (kapal):

"Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan." (23:29)

Tidak diletakkan bersama orang zalim:

"Wahai Pemeliharaku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim." (23:93-94)

Perlindungan daripada syaitan:

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)

Memohon ampun dan dikasihani:

"Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:109) dan,

"Wahai Pemeliharaku, ampunilah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:118)

Dipalingkan daripada azab Jahanam:

"Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal." (25:65-66)

Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74)

Doa Nabi Ibrahim:

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (26:83-89)

Doa Nabi Sulaiman:

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)

Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):

"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." (28:16)

Mencari arah ke tempat yang baik:

"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul." (28:22)

Memohon rezeki:

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku." (28:24)

Pertolongan terhadap orang jahat:

"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan." (29:30)

Jauhkan perjalanan (pengembaraan):

"Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami" (34:19)

Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100)

Doa Nabi Sulaiman:

"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (38:35)

Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an:

"Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9)

Ketika menaiki kenderaan:

"Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik." (43:13-14)

Doa ketika sampai usia 40 tahun:

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." (46:15)

Setelah dikalahkan:

"Aku dikalahkan; tolonglah aku!" (54:10)

Orang yang beriman kemudian:

“Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10)

Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:

"Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (60:4-5)

Doa isteri Firaun yang beriman:

"Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)

Doa Nabi Nuh:

“Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28)

Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:

"Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5)

Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):

"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-5)

Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi:

"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan." (3:26-27)



Rujukan:
Kalimat seru di dalam al-Qur'an


Penulis Bacaan
1989
dikemaskini 27.10.02