Jazakallah for SK PESERAI for the valuable link and information.
Hukuman Dalam Pendidikan Pada Pendapat Ibnu Shahnun
Hukuman, denda dan pelbagai definasi lagi diberikan sebagai balasan kepada setiap perbuatan yang menyalahi adat, undang- undang mahu pun arahan. Dalam dunia pendidikan di Malaysia, istilah ini bagai sudah pupus dan hilang ditelan dek kepesatan ekonomi dan mentaliti masyrakat hari ini.
Namun dalam dunia pendidikan Islam, istilah ini sudah cukup sebati. Ibnu Sahmun telah mendefinasikan bahawa hukuman itu mempunyai tujuan mendidik dan bukan satu cara untuk pemuasan dan balas dendam. Masalah hukuman ini mendapat kritikkan Montesori, Rousseau dan Spencer. Mereka mengatakan, hukuman berupa pukulan bukan suatu saranan yang membawa kebaikkan. Ibnu Sahmun sendiri telah memberikan beberapa syarat bagi membolehkan pendidik menghukum pelajar iaitu;
1.Jika sebahagian daripada mereka menganggu pelajar yang lain, seorang guru dapat mengetahui hal itu daripada kelompok pelajar yang ada di situ atau berdasarkan pengakuan daripada pelajar yang lain yang diakui kejujurannya. Kesaksian mereka dapat diterima dan mereka yang melakukan kesalahan akan dihukum.
2.Pendidik boleh memukul mereka kerana bermain, serta melakukan perbuatan yang sia- sia. Pukulan itu tidak melebihi sepuluh sebatan.
3.Pendidik boleh memukul mereka kerana melakukan kesalahan ketika membaca Al- Qura’an dan pukulan itu tidak melebehi tiga kali sebatan. Sebelum melakukan sebatan, pendidik hendaklah memerhatikan perkara- perkara berikut;
4.Pukulan hendaklah sesuai dengan kesalahan dan tidak melampaui batas- batas seperti yang ditentukan.
5.Memerintahkan pelajar menghentikan perbuatan menganggu dan mengambalikan apa yang diamil dari pemilikknya.
6.Tidak menugaskan pelajar yang lain memukul pelajar yang melakukan kesalahan
7.Tidak dibenarkan memukul muka dan kepala
8.Tidak boleh memukul dengan mnggunakan tongkat. Hal ini menunjukkan kepada kita supaya berhati- hati dalam menggunakan alat supaya tidak mencederakan mereka.
9.Pendidik tidak boleh mencegah pelajar makan dan minum, jika makanan itu diberikan kepadanya.
Pendidikan Islam membolehkan kita memukul, tetapi Islam menjadikan sifat lemah lembut sebagai asas. Islam meletakkan beban ke bahunya supaya memelihara anak didik daripada cara- cara kekerasan yang dilakukan oleh paran pendidik yang memeliki hati yang kasar. Membenarkan hukuman pemukulan bukanlah suatu yang mutlak dilaksanakan. Pendidik hendaklah melaksanakan hukuman pemukulan selepas semua langkah didikan rohani dijalankan. Seorang pendidik beralih kepada memukul selepas pendidikan rohani tidak memberikan hasil. Nah, inilah pendapat Ibnu Shahnun mengenai hukuman. Malahan Ibnu Shahnun mengigatkan agar para pendidik agar tidak memukul dalam kedaan marah kerana kemarahan dapat mengalihkan seorang pendidik dari tujuan mendidik kepada yang lain.
Pendapat ini hanya ditumpukan kepada Ibnu Shahnun, namun banyak lagi pendapat tokoh- tokoh pendidikan Islam mengenai isu ini. Malahan secara tak langsung, Ibnu Shahnun mengatakan bahawa pukulan adalah perkara terakhir yang dilaksanakan. Buat warga pendidik, bijakkan emosi anda sebelum perkara buruk terjadi.
(petikan dari buku Prinsip- Prinsip Pendidikan Islam
oleh Dr. Gamal Abdul Nasir Zakaria)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment