Wednesday, 17 February 2010

Ciri-ciri Orang Yang diredhai Allah

Assalamualaikum wbt,

Anak-anak ku,

Alhamdulillah, sebentar tadi ibu sempat mendengar usrah rasa hati di radio Ikim yg bertajuk ciri-ciri org yang diredhoi Allah swt. Klik di sini, utk ke catatannya.

Insyallah,ibu di sini, cuma ingin mencatat, serba sedikit ilmu yang ibu kutip bagaimana utk menjadi hamba yg ikhlas. Sukar, memang sukar tetapi perlu berlatih agar diri dan hati menjadi ikhlas dan redho.

Pertama, kita perlu redho kpd Allah swt dahulu, barulah dan insyallah Allah swt akan meredhoi kita.

Antara soalan-soalan yg menjadikan diri ibu berfikir ialah, bagaiman kita mendapat tahu bahwa kita ikhlas? Sebenarnya kita sebagai manusia tidak tahu bila kita ikhlas, krn hanya Allah swt sahaja Yg Maha Mengetahui hati dan rasa hamba-hambaNya.
Sebaiknya , menurut kata ustaz, janganlah kita berkata di depan khalayak ramai yg kita buat krn Allah swt, atau ikhlas. Sedangkan para Malaikat pun tidak mengetahui rahsia ikhlas itu, melainkan Allah swt sahaja.

Jadi antara point utk menjadi ikhlas:

:: kena berlatih selalu, pada mulanya agak sukar , tetapi insyallah
lama-lama kita akan merasa ikhlas.

:: sandarkan hati kpd Allah swt dan Rasul dengan selalu mengingati Allah swt dan bersalawat kpd Nabi.Umat manusia hari ini, agak susah utk merasa rasa sayang Rasul, berbeza dgn umat zaman dahulu, tetapi manusia hari ini perlu menghadirkan rasa cinta dan sayang kpd Rasul dgn cara sentiasa bersalawat kpd Nabi, keluarga dan para sahabat. Syafaat Nabi bukan hanya di akhirat, insyallah dgn selalu bersalawat, syafaat itu akan hadir di dunia.

:: Utk menghadirkan rasa cinta dan sayang, andaikan Nabi sebagai ayah, para isteri sebagai ibu, anak-anak Nabi sebagai adik dan kakak kita, insyallah lama-lama akan timbul rasa cinta dan sayang kpd Nabi Muhammad saw.

:: Kalau kita ikhlas, jgn bercerita tentang ikhlas kita kpd org. Hanya Allah swt sahaja yg tahu.

:: Kita renung, kisah Aisyah r.a yang apabila melihat burung berterbangan merasa dirinya takut krn akan disoal semasa hari kiamat, tetapi burun-burung tidak; begitu juga Saidatina Omar, merasa takut apabila melihat rumput-rumput dimakan oleh binatang, dan rumput-rumput tetapi rumput-rumput tidak akan disoal semasa kiamat.

:: Apabila membaca Al Quran, menghadirkan diri dan megenangkan nasib diri sama ada amalan kita diterima , sudah byk , masih sedikit , merasa insaf , spt Abu Umamah, yg ketika membaca Al Quran menangis krn mengenangkan amalan beliau.


:: Org yg selamat ialah orang-orang Mukhlisin.

:: Uji diri kita sendiri, sebelum Allah swt uji.

Mudahan nota ringkas ibu ini menjadi peringatan buat diri ibu yg masih jauh ketinggalan. Insyallah.

Ya Allah, jadikan aku dan pembaca blog ini manusia yang soleh dan jadikan hati-hati kami ikhlas kepada Mu. Amin.

No comments:

Post a Comment