Saturday, 6 February 2010

HELWA dalam kenangan

Assalamualaikum wbt,

Tetiba sahaja terdetik di hati ibu utk mengimbau kembali detik2 HELWA ditubuhkan. Ibu di bumi UK ini sekitar 2004, di mana zaman revolusi dan anwar ibrahim memang sedang hangat dan rancak. Scenario politik Malaysia yg kucar kacir. Masyallah.

Tidak kurang juga tempiasnya terkena di negeri emas (org kata). Bahangnya tetap terasa, dan ada juga spy di bumi Lancaster ini. Allahuakhbar. Ibu juga sering dinasihati oleh rakan-rakan di tempat lain agar berhati-hati dgn setiap gerakan berunsur agama. Masyallah. Begitu takut manusia dgn keangkuhan manusia sendiri.

Tetapi alhamdullilah berkat izin Allah swt dan keinginan hati utk mengadakan satu perjumpaan keagamaan di Lancaster akhirnya di sekitar 2005 dan 2006 akhirnya berjaya diadakan. Segala pujian hanya layak utk Allah swt. Tidak ssalah ibu ianya bermula selepas Ramadhan 2005 dan tidak diberi nama usrah tetapi sembang petang. Ini dibuat bertujuan utk menarik kaum HELWA mengikuti nya dan juga agar aktiviti ini tidak disalah tafsir oleh spy. Tajuk sembang ialah sekitar tentang isu agama. Ibu ada juga menerima nasihat dari org Lancaster agar berhati-hati dgn perjumpaan spt ini. Rasa takut hadir juga, tetapi bila difikirkan ini adalah satu tuntutan Islam dan ianya adalah krn Allah swt, maka perasaan takut iti hilang. Alhamdullilah.

Walaupun ibu sedar, ibu bukanlah org yg layak utk menjadi guru atau naqeebah tetapi, di dalam diri ini meronta-ronta agar sesuatu perlu diadakan. Dan ketika itu, rasanya masing-masing takut utk memberi pandangan krn ilmu agama yg rata2 agak takut jika tersalah maklumat. Tetapi alhamdullilah, Allah swt juga telah menghantar beberapa rakan/sisters yg layak utk diri ini mengutip ilmu dan seterusnya mengimarahkan ilmu agama di Lancaster. Moga Allah swt memberkati setiap usaha murni anda. amin.
Maka dari sembang petang telah bertukar ke usrah di mana sister Saida sebagai yg berilmu mula memberikan sumbangan.

Ketika tahun 2006-2007, HELWA merasakan, perlunya agar satu organisai tersusun dibentuk bagi menjadi salah satu nadi atau tulang belakang LUMSS. Alhamdullilah, pengerusi pertama HELWA telah dilantik iaitu Siti Faezah, yang ke dua - Ida Farida dan yg terkini (2010) Athirah.

Akhirnya, sehingga ke hari ini, dengan izin Allah swt serta dgn nikmat Allah swt HELWA Lancaster terus berdiri. Moga Allah swt sentiasa membantu HELWA Lancaster agar terus berjuang demi meningkatkan ilmu, berkongsi ilmu dan menghubungkan silaturahim demi kasihkan Allah swt dan rasulNya.

Ibu dalam diam dan terang bersyukur krn telah byk aktiviti berjaya dibuat demi utk sebuah hubungan antara manusia krn Allah swt.

Tulisan ini ditulis bkn utk menjadi riak. [nota::Ya Allah jauhkan aku dari sikap dan rasa riak ini Ya Allah]. Tujuan ibu adalah sekadar ingin mendidik anak-anak ibu agar kita bersedia utk memulakan langkah pertama walaupun kita belum sempurna. Kita tidak perlu menunggu seseorg utk memulakan langkah pertama, jika apa yg kita bina itu ialah utk ke arah kebaikan, maka memohonlah kpd Allah swt agar urusan dipermudahkan dan diberi bantuan dari pelbagai sudut. Usah menunggu kesempurnaan diri utk menjadi pemimpin, krn mungkin tindakan pertama merupakan hikmah , tayfik dan hidayah dari Allah swt.

Ya sudah semestinya kita memang tidak sempurna. Proses kesempurnaan itu akan berlaku sehingga nafas dicabut malaikat. Allahuakhbar.

Anak-anaku usah gentar utk membuat kebaikan, Insyallah mohon bantuan Allah swt dan berbincang dengan orang-orang yg terdekat agar kita mendapat sokongan dari mereka, kerana sokongan mereka adalah datangnya dari Allah swt jua.

Sudah semestiNya apa yg kita buat adalah krn Allah swt, tetapi ingat bahawa Allah swt juga menurunkan Al Quran dan Baginda Nabi Muhammad saw sebagai contoh dan panduan agar kita dapat melaksanakan amal kebajikan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Niat tidak menghalalkan cara. Insyallah.

Moga Allah swt sentiasa memberikan bantuan dan rahmahNya kpd HELWA Lancaster di dalam berjuang mencari keredhoan Allah swt. amin.

No comments:

Post a Comment