Jakakillah Penulis blog ini.
Beliau berkongsi tips bagaimana sakit bersalin boleh diuruskan.
sambungan dari Betapa Hebatnya Allah, Sang Pencipta (1)
Semasa saya hamil anak pertama, antara perkara yang saya titik beratkan ialah 'Pain Relief Management' atau 'Pengurusan Sakit Melahirkan'.
Bila saya dengar kisah-kisah melahirkan ibu-ibu di Malaysia, saya rasa seolah-olah hampir PRM atau PSM sama sekali tidak wujud di Malaysia! Seolah-olah, ibu yang sedang sakit dalam proses melahirkan di biarkan begitu saja kerana tidak ada apa-apa yang boleh di buat untuk membantu nya MENGENDALIKAN rasa sakit itu.
Ataupun, selain dari situasi di atas, kaum ibu yang di kirakan sebagai 'mampu' di Malaysia hanya di dedahkan kepada PRM atau PSM yang melibatkan kaedah-kaedah yang menggunakan dadah lantas bukan lah kaedah pengurusan sakit melahirkan yang alami / natural.
Kenapa perlu nya ada PRM atau PSM? Dan kenapa perlu ada kaedah alami / natural?
Kerana kaedah PRM atau PSM alami / natural insyaAllah akan membantu mendapatkan kelahiran yang alami / natural, lantas secara langsung dapat membantu ibu & juga bayi memulakan penyusuan susu ibu.....
Ini adalah kerana terkadang atau terselalu (saya tidak ada statistik nya), tindakan-tindakan perubatan yang tidak benar-benar perlu atau tidak alami seperti 'induce' (sebaliknya bukan spontaneous atau berlaku secara alami) mungkin akan membawa kepada komplikasi lain seperti pembedahan Caesar.
Antara tindakan perubatan yang tidak alami yang juga membawa kepada komplikasi lain adalah seperti suntikan epidural sebagai penahan sakit, yang terkadang atau terselalu menyebabkan ibu tersebut tidak tahu bila atau bagaimana untuk meneran, menyebabkan komplikasi-komplikasi lain seperti pembedahan Caesar, dan lain-lain.
Ibu-ibu yang sedang kesakitan melahirkan (stage 1 atau tahap 1; menunggu pangkal rahim membuka sepenuhnya) juga di biarkan begitu saja tanpa galakan dan informasi penting bahawa mereka perlu MAKAN, MINUM dan BERGERAK-GERAK SEDIKIT untuk membekalkan tenaga dan membantu melancarkan proses kelahiran untuk stage 2 atau tahap 2 (sewaktu meneran). Lantas ada ibu-ibu yang setelah berjam-jam mengerang kesakitan, akhirnya menjadi terlalu penat untuk meneran pada stage 2 atau tahap 2.
Fokus saya di sini ialah pada SAKIT kelahiran itu sendiri, kerana maklumat saintifik yang telah saya dapati membenarkan bahawa persepsi seseorang pada 'sakit' itu boleh mendatangkan 'keajaiban' yang sebenarnya adalah 100% kebesaran, kehebatan, kepintaran Allah sebagai Pencipta.
Semasa saya pergi antenatal class, pakar bius telah memberitahu bahawa setiap orang 'pain threshold' nya lain-lain, maksudnya setiap orang mempunyai kebolehan menahan sakit pada tahap yang berbeza-beza. Cuma prinsip yang saya pegang dan telah di benarkan oleh sains, ialah kemampuan setiap orang itu boleh berubah, di didik atau 'di gilap'.
Contoh? Contoh nya dengan kaedah (1)hypnobirthing, kaedah (2)'active birth' dan (3)lain-lain kaedah alami / natural PRM atau PSM.
Personally, saya merasakan yang paling utama ialah menukar persepsi menggunakan ilmu: contoh nya sakit melahirkan dan sakit perut akibat keracunan adalah dua jenis 'sakit' yang berbeza, walaupun kita patut 'bersyukur' dengan nikmat sakit dalam kedua-dua situasi.
Walaubagaimanapun, sakit akibat keracunan makanan adalah sakit yang 'tidak sepatutnya berlaku' akibat 'kesilapan' atau 'kehadiran racun dalam badan'. Kita label ia sekarang sebagai 'sakit negative'.
Manakala sakit melahirkan adalah sakit yang 'di tunggu-tunggu', sakit yang 'patut berlaku', dan bukan akibat keracunan dalam badan. Oleh itu ia adalah sakit yang 'positive'.
Apabila seorang ibu menukar persepsi nya, bahawa 'sakit' waktu itu bukan nya 'hukuman' akibat 'kesalahan', bukan 'sakit yang negative', insyaAllah dia akan mampu bertahmid (memuji Allah) dalam kekuatan baru untuk melahirkan, di samping juga mengamalkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk nya bagi mengendali sakit dalam stage 1 atau tahap 1.
Kemampuan MINDA ini perlu di ketahui oleh orang kebanyakan, kerana saya percaya kemampuan MINDA ini perlu di ketengahkan bukan sebagai 'magis' atau 'sihir' atau 'kebolehan unik' tapi sebagai kehebatan Allah yang telah mencipta nya!
Jom lah kita kembalikan dan kaitkan semua 'keajaiban' yang kita dapati kepada Allah, kerana Allah lah yang mencipta nya. Allah adalah Al-Khaliq.
Wallahua'lam.. Just sharing...
Monday, 12 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment