Monday, 19 April 2010

Perihal Solat Sunat Dhuha

My dear angels,

I just wanted to share something about extra prayer - Dhuha prayer. Alhamdullilah, with this prayer there were many things happened. Of course, it happened because Allah swt made it happened. Children, do you find Allah is the most merciful. He knows not all of HIS creation manage to perform tahajjud (extra solat in 1/3 of the night) so he provide us with dhuha. Alhamdullilah, ibu managed to perform it, even though felt sad because sometime when I was obsessed with other thing, I missed the prayer, but alhamdullilah I know Allah swt knows what is the best for us. So, here are few write up about its benefits to us who do it.

May Allah swt make it as a habit and make our life fill with rezq in many ways. amin.

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)


Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Maja
h)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."



Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

(http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm)

Waktu Solat

Setelah matahari di langit mencapai kadar segalah atau kira-kira jam 8.30 pagi hingga kira-kira 15 minit sebelum waktu Zuhur.

Jika selepas daripada waktu itu, hukumnya makruh.

(Berita Harian | Jumaat 29 Januari 2010 | ms 36)

Niat Solat



Usolli Sunnatad Dhuha Rak'ataini Lillahi Taala

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

(http://permai1.tripod.com/dhuha.html)

Bacaan Dalam Solat

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.

Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

(http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=84)

Doa Selepas Solat




Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

No comments:

Post a Comment