Wednesday, 28 April 2010

Usrah:Ilmu Cahaya Hati

Assalamualaikum anakanda ibu,

Alhamdullilah, kali ini ibu coretkan nota ringkas hasil daripada Usrah TV 9 bertajuk:Ilmu Cahaya Hati,(23 April 2010) yang diberikan oleh Ustazah Asni.

Byk ilmu dan tips yang amat berguna serta bermanfaat. Moga ianya dapat dilaksanakan dan diamalkan.Yang baik kita amalkan, jika was-was kita hindarkan.

Secara umum ilmu terbahagi kpd 2 jenis:

a) Al Kharzi - ilmu yg diperolehi secara fitrah.
cth: spt bayi yang berjalan, jatuh bangun, jatuh bangun
dan akhirnya dapat berjalan.

b) Ilmu akal - ilmu yg dicari atau diusahakan.

-Ilmu perlu dicari atau ditimab.
-Ilmu susah atau tidak akan datang sendiri.
-Ilmu yang dicari lebih berkat.

Ilmu yang luas juga dibahagikan kpd 3 penerimanya:

a) ilmu Rasul/Anbiya - cara diperolehi ialah daripada wahyu.
- sahabat-sahabat amat rindu utk mendengar wahyu dari Allah swt
melalui rasul.
- sekarang kita masih boleh mendengar wahyu iaitu melalui Al
Quran.

b) ilmu para wali - wali ialah insan yang diangkat oleh Allah swt ke satu darjat yang tinggi. Ada orang yang tidak sangka ia menjadi wali. Sebab itu jangan pandang hina pd orang. Ianya melalui ilham yang diberi oleh Allah swt. Jangan taksub dgn wali tetapi taksub dengan Allah swt.

c) ilmu cendiakawan/ilmuan - melalui hidayah dan usaha.

Kita perlu menghormati ilmu. Perlu meletakkan ilmu di tempat yang baik bukan sahaja Al Quran tetapi ilmu-ilmu yang lain spt Matematik, Sains dsbnya.

-Ilmu ialah dari ALLAH swt, jika kita berjaya mendapat 1 ilmu, jgnlah ada sifat riya' tetapi semuanya ialah dari Allah swt.Krn kitahanyalah hamba Allah stw yg sangat kerdil, kena perlu hadirkan diri agar merasa kerdil di hadapan Allah swt dan kena lahirkan rasa rendah diri..

-Allah swt berfirman: Wahai manusia, sesungguhnya Al Quran ialah punca cahaya segala cahaya,
-Oleh itu, jika byk baca Al Quran, banyaklah cahaya masuk ke dalam hati kita. Insyallah.

Soalan:
a) Adab-adab menuntut ilmu:

- beristifar - Astagfirullah
- tidak kira ilmu apa yang kita nak belajar.
- kenapa istifar? sebab ilmu perlukan cahaya,
- jika beristifar satu cara membersihkan dosa, maka ada cahaya.
- insyallah, ilmu mudah masuk jika ada cahaya.

- hadirkan dalam hati rasa rendah diri, krn Allah swt yang memiliki segalanya.
Kita hanyalah hamba yg tidak mempunyai apa2. Berdoa kepada Allah swt ketika ingin
mendapat ilmu. Cth: Ya Allah , aku tak punya apa-apa, datangkan rasa Allah swt yg
paling hebat, tinggi dan berilmu. Insyallah, Alah swt akan beri.Sebutlah Ya Hayyun,
Ya I'lm(nama-nama Allah swt).

-berwudu
utk mendapat keberkatan ilmu
wudu itu juga memberi cahaya dan menghapus dosa.

-Menutup aurat - walaupun dalam rumah/bilik.
- cara menghormati ilmu
- cara memujuk, mengambil hati Allah swt.
- pakai anak tudung, topi.

-Membaca doa menuntut ilmu:

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.


Akhirnya mulalah belajar.

Antara tip-tip yang lain:
a) Baca Ya Fattah(MAHA MEMBUKA),Ya 'ALIM( MAHA MENGETAHUI)Ya Hayyu, Ya Qayyum Laillaha illa anta
Mnurut alim ulamak - sesiapa yang membaca 40 hari berterusan, insyallah Allah
kan mengurniakan ilmu(zikir dan doa agar Allah swt bukakan pintu hati supaya
mudah hafal, belajar ingat dan tidak lupa - insyallah)

b) Jika terlupa nak ingat semula zikirlah nama Allah swt Ya Mu'id - maha mengembalikan.

c) Kata Imam Qurtubi : baca selawat nabi.
rujuk buku: fadhilat dan amalan salawat nabi dan penyucian jiwa
pg101.

Mudahan ianya bermanfaat. Janganlah terlalu taksub dengan jumlah yang perlu dibaca. Yang penting istiqamah dan percaya Allah swt Maha Mendengar setiap doa/permintaan hambaNya. Yang baik dan terbaik sudah pasti dari Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah,manakala yang salah, leka dan lalai datang dari diri saya yg serba kekurangan ini.Oleh itu ampuni hambamu ini Ya Allah.

Monday, 19 April 2010

Perihal Solat Sunat Dhuha

My dear angels,

I just wanted to share something about extra prayer - Dhuha prayer. Alhamdullilah, with this prayer there were many things happened. Of course, it happened because Allah swt made it happened. Children, do you find Allah is the most merciful. He knows not all of HIS creation manage to perform tahajjud (extra solat in 1/3 of the night) so he provide us with dhuha. Alhamdullilah, ibu managed to perform it, even though felt sad because sometime when I was obsessed with other thing, I missed the prayer, but alhamdullilah I know Allah swt knows what is the best for us. So, here are few write up about its benefits to us who do it.

May Allah swt make it as a habit and make our life fill with rezq in many ways. amin.

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)


Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Maja
h)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."



Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

(http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm)

Waktu Solat

Setelah matahari di langit mencapai kadar segalah atau kira-kira jam 8.30 pagi hingga kira-kira 15 minit sebelum waktu Zuhur.

Jika selepas daripada waktu itu, hukumnya makruh.

(Berita Harian | Jumaat 29 Januari 2010 | ms 36)

Niat Solat



Usolli Sunnatad Dhuha Rak'ataini Lillahi Taala

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

(http://permai1.tripod.com/dhuha.html)

Bacaan Dalam Solat

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.

Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

(http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=84)

Doa Selepas Solat




Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday, 16 April 2010

2 interesting events happened in UK on the 15 April till today. Allauhuakhbar, May Allah swt protect all of us with HIS love and mercy. Amiin.

The events are:
1)Iceland volcano
2) Poll talks from all party.

Click this link to read the news about the volcano.

This link about the debate.

Monday, 12 April 2010

Sakit bersalin

Jakakillah Penulis blog ini.

Beliau berkongsi tips bagaimana sakit bersalin boleh diuruskan.

sambungan dari Betapa Hebatnya Allah, Sang Pencipta (1)

Semasa saya hamil anak pertama, antara perkara yang saya titik beratkan ialah 'Pain Relief Management' atau 'Pengurusan Sakit Melahirkan'.

Bila saya dengar kisah-kisah melahirkan ibu-ibu di Malaysia, saya rasa seolah-olah hampir PRM atau PSM sama sekali tidak wujud di Malaysia! Seolah-olah, ibu yang sedang sakit dalam proses melahirkan di biarkan begitu saja kerana tidak ada apa-apa yang boleh di buat untuk membantu nya MENGENDALIKAN rasa sakit itu.

Ataupun, selain dari situasi di atas, kaum ibu yang di kirakan sebagai 'mampu' di Malaysia hanya di dedahkan kepada PRM atau PSM yang melibatkan kaedah-kaedah yang menggunakan dadah lantas bukan lah kaedah pengurusan sakit melahirkan yang alami / natural.

Kenapa perlu nya ada PRM atau PSM? Dan kenapa perlu ada kaedah alami / natural?

Kerana kaedah PRM atau PSM alami / natural insyaAllah akan membantu mendapatkan kelahiran yang alami / natural, lantas secara langsung dapat membantu ibu & juga bayi memulakan penyusuan susu ibu.....

Ini adalah kerana terkadang atau terselalu (saya tidak ada statistik nya), tindakan-tindakan perubatan yang tidak benar-benar perlu atau tidak alami seperti 'induce' (sebaliknya bukan spontaneous atau berlaku secara alami) mungkin akan membawa kepada komplikasi lain seperti pembedahan Caesar.

Antara tindakan perubatan yang tidak alami yang juga membawa kepada komplikasi lain adalah seperti suntikan epidural sebagai penahan sakit, yang terkadang atau terselalu menyebabkan ibu tersebut tidak tahu bila atau bagaimana untuk meneran, menyebabkan komplikasi-komplikasi lain seperti pembedahan Caesar, dan lain-lain.

Ibu-ibu yang sedang kesakitan melahirkan (stage 1 atau tahap 1; menunggu pangkal rahim membuka sepenuhnya) juga di biarkan begitu saja tanpa galakan dan informasi penting bahawa mereka perlu MAKAN, MINUM dan BERGERAK-GERAK SEDIKIT untuk membekalkan tenaga dan membantu melancarkan proses kelahiran untuk stage 2 atau tahap 2 (sewaktu meneran). Lantas ada ibu-ibu yang setelah berjam-jam mengerang kesakitan, akhirnya menjadi terlalu penat untuk meneran pada stage 2 atau tahap 2.

Fokus saya di sini ialah pada SAKIT kelahiran itu sendiri, kerana maklumat saintifik yang telah saya dapati membenarkan bahawa persepsi seseorang pada 'sakit' itu boleh mendatangkan 'keajaiban' yang sebenarnya adalah 100% kebesaran, kehebatan, kepintaran Allah sebagai Pencipta.

Semasa saya pergi antenatal class, pakar bius telah memberitahu bahawa setiap orang 'pain threshold' nya lain-lain, maksudnya setiap orang mempunyai kebolehan menahan sakit pada tahap yang berbeza-beza. Cuma prinsip yang saya pegang dan telah di benarkan oleh sains, ialah kemampuan setiap orang itu boleh berubah, di didik atau 'di gilap'.

Contoh? Contoh nya dengan kaedah (1)hypnobirthing, kaedah (2)'active birth' dan (3)lain-lain kaedah alami / natural PRM atau PSM.

Personally, saya merasakan yang paling utama ialah menukar persepsi menggunakan ilmu: contoh nya sakit melahirkan dan sakit perut akibat keracunan adalah dua jenis 'sakit' yang berbeza, walaupun kita patut 'bersyukur' dengan nikmat sakit dalam kedua-dua situasi.

Walaubagaimanapun, sakit akibat keracunan makanan adalah sakit yang 'tidak sepatutnya berlaku' akibat 'kesilapan' atau 'kehadiran racun dalam badan'. Kita label ia sekarang sebagai 'sakit negative'.

Manakala sakit melahirkan adalah sakit yang 'di tunggu-tunggu', sakit yang 'patut berlaku', dan bukan akibat keracunan dalam badan. Oleh itu ia adalah sakit yang 'positive'.

Apabila seorang ibu menukar persepsi nya, bahawa 'sakit' waktu itu bukan nya 'hukuman' akibat 'kesalahan', bukan 'sakit yang negative', insyaAllah dia akan mampu bertahmid (memuji Allah) dalam kekuatan baru untuk melahirkan, di samping juga mengamalkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk nya bagi mengendali sakit dalam stage 1 atau tahap 1.

Kemampuan MINDA ini perlu di ketahui oleh orang kebanyakan, kerana saya percaya kemampuan MINDA ini perlu di ketengahkan bukan sebagai 'magis' atau 'sihir' atau 'kebolehan unik' tapi sebagai kehebatan Allah yang telah mencipta nya!

Jom lah kita kembalikan dan kaitkan semua 'keajaiban' yang kita dapati kepada Allah, kerana Allah lah yang mencipta nya. Allah adalah Al-Khaliq.

Wallahua'lam.. Just sharing...

Monday, 5 April 2010

Perkongsian Ilmu Mendidik anak

Alhamdullilah, akhirnya Allah swt telah mempermudahkan urusan majlis ilmu bersama dgn Nuraslina Jusin - Isteri kpd Ust Zaharuddin. Tetapi, beliau merupakan ibu muda yg punya ilmu serta idea yg dikurniakan Allah swt yg tidak terfikir dek otak ibu ini. Alhamdullilah.

Perkongsian ilmu kali ini ilah proses mendidik anak2.

Ianyanya dimulakan dgn beberapa fasa.

Fasa 1: Sebelum Mengandung
- Perbanyakkan amalan soleh - beriman dan beramal soleh
- berdoa - jgn putus-putus berdoa
Surah Furqan : 74
Surah Ghafir : 60

- Takut kpd Allah swt , semakin dekatkan diri dgn Nya.
- Bykkan menimba ilmu
- Berdoa yg +ve sahaja, berbaik sangka dgn Allah swt.

Fasa 2 : Mengandung

- banyakkan membaca Al Quran
- Niat apabila membaca dan berbuat amalan soleh niatkan utk anak yg dikandung.
Tasawul - guna perantara antara - ada tasawul baik dgn nama-nama Allah (ASMA UL
Husna
- baca 1 al quraan
- Doa -doa maksum

SELEPAS MELAHIRKAN
Fasa 6 tahun ke bawah
- Terapkan aqidah
- baca bacaan yg baik, hadis , sirah
- zikir
- guna label kpd anak-anak yg positif
- berikan kasih sayang dan jgn ada perbandingan di antara anak-anak dan org lain.
-

Fasa 6 thn ke atas (7-12)
- ajar dan pentingkan solat
- pisahlan tempat tidur usia 10 thn
- antara anak lelaki dna perempuan
- kalau tak solat pukul tapak tgn dan kaki usia 10 thn
- kalau tak pukul akan beri kesan.
- ajar juga petingnya menutup aurat.
- tekankan ttg kawan - kawan memainkan peranan.
- doa utk mendapat sahabat/kawan yg baik
- jgn bertangguh utk berikan yg terbaik
- pantau anak-anak guna Internet
- jgn biarkan anak-anak hanya dgn bibik atau sekolah agama sahaja.
- ibu bapa kena semak dan berbual dgn anak2 ttg apa yg dipelajari dsbnya.