Anak-anakku ingatlah dan berusahalah:
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11).
"Janganlah kamu berasa lemah semangat dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamu adalah kaum yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman." (Surah al-Imran, ayat 39)
Artikel 1
hijrah
Thursday, 17 December 2009
Friday, 11 December 2009
Ahli makrifat giat cari rahsia Kitab
Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
Jazakallah. Link.
CARI KEREDAAN: Islam adalah agama yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui, al-Quran memecahkan kegelapan dunia dengan cahayanya, menunjukkan kebaikan dan kejahatan supaya jelas dan terang petunjuk daripada Ilahi ke seluruh alam.
Ciri orang mulia sentiasa cari jalan menuju Illahi dengan menimba ilmu
KETIKA membincangkan mengenai makrifat seorang hamba kepada Allah, Al-Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Shaydul Khatir berkata:
“Alangkah ramainya orang alim dan orang yang zuhud tidak dianugerahi makrifat, kecuali mereka memiliki makrifat seperti orang awam atau kutu lepak. Boleh jadi alangkah ramainya orang awam yang dianugerahi makrifat, sesuatu yang tidak dikurnia kepada orang alim dan orang zuhud padahal mereka sudah berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkannya. Makrifat ialah anugerah Allah yang dilimpahkan kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya.”
Renungan mendalam yang cuba diungkapkan Al-Imam Ibnul Jauzi ini menakutkan kita yang diberi gelaran pelajar dan terpelajar, ulama, cerdik pandai dan ilmuwan. Bukankah semakin tinggi ilmu yang dituntut akan semakin dekat seseorang itu kepada Allah.
Tetapi mengapa al-Quran menyindir orang yang diberi al-Kitab tetapi lupa diri melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?” (Surah Al-Baqarah, ayat 44)
Walaupun begitu tidak boleh dinafikan salah satu punca seseorang mendapat makrifat ialah ilmu mengenai Allah. Tidakkah kita berasa peningkatan iman yang ketara selepas mengkaji ilmu Islam secara lebih mendalam?
Benarlah sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang maka Ia memberinya kefahaman mengenai agamanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Agama Islam sudah diajarkan dengan begitu sempurna oleh Baginda SAW sehingga melahirkan generasi bukan hanya bijak dan pandai tetapi hidup jiwanya dan terang mata hatinya seperti pernah diriwayatkan mengenai al-Harith bin Malik al-Ansari ketika beliau bertemu Rasulullah SAW.
Lalu Baginda bertanya kepadanya: “Wahai Harith, bagaimana keadaan iman kamu pada hari ini? Beliau menjawab: Hari ini saya beriman dengan sesungguhnya. Kemudian Baginda bersabda: Cuba tunjukkan hakikat kebenaran yang kamu katakan, kerana segala sesuatu tentu memiliki hakikat kebenaran, jadi apakah hakikat kebenaran imanmu? Beliau menjawab: Sungguh diri saya sudah jemu dengan dunia, sehingga malam hari saya habiskan untuk beribadah dan siang hari berpuasa sehingga seolah-olah saya melihat Arasy Allah dengan sangat jelas, saya melihat ahli syurga sedang kunjung mengunjungi dan penduduk neraka merintih menahan seksa. Kemudian Baginda bersabda: “Wahai Harith, kamu sudah mengetahui, maka istiqamahlah, (Rasulullah SAW mengulangi sabdanya sampai tiga kali).” Hadis riwayat Ibnu Hibban.
Selepas melalui proses didikan di bawah asuhan wahyu, akhirnya sahabat tadi mencapai kemuncak ketinggian ilmunya. Jemu dengan dunia maknanya apa yang diusahakan di dunia ini sudah pun dicapai dengan jayanya, bukan bermakna beliau membenci dunia bahkan menguasai dan memegang kendali dunia. Bagaimanakah cara mencapai apa yang diperoleh sahabat Al-Harith ini?
Hakikatnya orang yang menuntut ilmu mempunyai beberapa tingkatan bergantung dengan seberapa jauh penguasaannya mengenai agama ini. Jibrail pernah mengajarkan kepada Baginda SAW asas penting mengenai Islam, iman dan ihsan.
Tingkatan pertama berada pada kelas permulaan mendapat jolokan Muslim, kemudian disebutkan ciri iman maka orang yang menuntut pada peringkat ini masuk dalam kategori mukmin dan terakhir yang paling tinggi serta sempurna ialah muhsin iaitu mereka yang bersikap ihsan.
Orang muhsin berada pada peringkat ilmu tertinggi, memiliki perasaan halus mengenai Allah. Dia menjadi pendengarannya dengan itu ia mendengar, menjadi penglihatannya dengan itu ia melihat dan menjadi tangannya dengannya ia memukul dan menjadi kakinya dengannya ia berjalan.
Satu lagi sifat mulia pada diri seorang yang ihsan ialah rasa diawasi Allah. Bayangkanlah bagaimana jika seseorang mengawasi kita, pasti rasa terkongkong, terpenjara dan menderita tetapi berlainan dengan rasa diawasi Allah, ia menjadi suatu kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Seolah-olah kamu melihat Allah, jika kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tingkatan ilmu inilah yang disebut ahli makrifah. Antara ciri orang yang diberi makrifah oleh Allah ialah berminat mencari jalan menuju Allah, dekat di sisi-Nya dan mengharap reda-Nya. Jalan menuju Allah mestilah dengan mencari ilmu, meneroka rahsia al-Quran, mengambil petunjuk hadis Rasulullah SAW.
Jika seseorang sudah meningkat kefahamannya mengenai agama, akan lahir satu perasaan halus memujuk jiwanya supaya beralih minat daripada unsur berorientasi duniawi kepada bisikan Allah yang menguasai diri.
Anda akan merasai ketenangan apabila berzikir, juga kepuasan ketika mencapai ketinggian ilmu, bahkan kenikmatan apabila menambah yang wajib dengan amalan sunat. Ibadah bukan lagi bebanan berat bahkan cara untuk merehatkan jiwa dan raga. Sudahkah kita mencapai peringkat ini?
Untuk melonjakkan diri kita ke tingkat iman lebih tinggi, sewajarnya kita tidak berehat terlalu lama meninggalkan majlis ilmu, bagaimana mungkin kita meninggalkan proses belajar ilmu yang mengungkap rahsia khusyuk solat.
Ilmu rahsia mengenal Allah melalui ayat-Nya, ilmu mencintai dan membela Rasul SAW, ilmu mengenai akhlak yang mengajar kaedah bermuamalah dan toleransi sesama insan, ilmu jiwa yang mengungkap sifat reda, sabar, tawakal, khauf dan raja’, supaya kita boleh mengawal emosi yang mempermainkan hati.
Ilmu mengenai amanah yang mengajak kita bertanggungjawab sebagai seorang bapa, ketua memimpin manusia dan anggota masyarakat yang sedar kewajipan amar makruf nahi mungkar. Islam menyediakan segala-galanya yang diperlukan manusia supaya dia boleh berdiri sebagai khalifatullah.
Islam adalah agama ilmu yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui, al-Quran memecahkan kegelapan dunia dengan cahayanya, menunjukkan kebaikan dan kejahatan supaya jelas dan terang petunjuk daripada Ilahi ke seluruh alam.
Wahyu pertama turun ialah suruhan membaca yang harus dilanjutkan dengan mengkaji, memahami, mendalami, menghayati, beriman, kemudian mengamalkan juga bersabar untuk terus istiqamah, akhirnya membela apa yang diimani itu sehingga Allah reda ke atas diri kita.
Begitulah proses perjalanan makrifah seorang hamba. Mungkin kita masih berada pada salah satu mata rantai daripada proses itu, entah naik entah turun. Ramai orang yang sudah sampai pada peringkat iman tetapi kurang sabar akhirnya jatuh kembali ke bawah.
Racun duniawi nyata memberi perlawanan hebat untuk menghancurkan binaan iman yang lama kita perjuangkan. Sekuat apapun usaha untuk mendapat makrifat, tidak akan dapat mampu dimiliki melainkan atas kehendak Allah.
“Ya Allah kuserahkan jiwa ragaku. Sebagaimana Engkau jadikannya sebagai milik-Mu maka jadilah Engkau sebagai walinya yang merahmati, menunjukkan dan menjaganya daripada kejahatan diriku sendiri.

Saturday, 5 December 2009
Diets for cancer patient
I found this tips from Sister Dalilah (cancer survivor) about her diets. Insyallah, I think I better linked her blog before I forget about it. Alhamdullilah and Jazakallah Sister Dalilah for your tips. Insyallah, this is considered one of our effort. This might affect few of cancer patients out there, and it might not. However, everything is under Allah's power. If He wants to cure, insyallah. He will else, take it as HIS biggest test from Him because He loves us.
Sister Dalilah tips. Her blog about this is here.
My everyday 'meals' that I take with Xeloda must include these:
1. Habbatus Sawda pills
2. Hempedu Bumi (Bile of the Earth) with tumeric pills
3. Milk Thistle with Dandelion
4. Alpha Linolic Acid
5. CoEnzyme Q10
6. Sugarless Rozelle Hibiscus Juice mixed with aloe vera
7. Multivitamin
8. Neurobion pills for my nerve
9. Pecah Beling leaves - to chew
10. Misai kucing leaves (because it is deuretic, I take it every other day)
11. Sambung Nyawa leaves - to chew
12. Juices of beet root, dragon fruits, green apples, celery stalks, oranges, carrots
13. More fruits and vegetables
14. Olive oils and more garlic in the dishes
15. Soy and cereals
Ya Rabb, please cure Sister Dalilah and other cancer patients pain and sickness. May their life fill with repentance, zikr and thankfull for your test. Who are we to question your power, loves and rahmah. Please let us be strong, healthy and acceptance with this test. Ya Allah, Ya Rahman , please forgive us.

Semanis Kurma Ep:40 Menantu Hantu
Tips menjadi menantu yg baik - suami mahupun isteri:
M = menghormati mertua cth: salam, cium, dsbnya
E = elakkan kita menyakiti hati. Sebagai menantu/anak beralah. Elak buruk sangka.
N = Niat sayang mertua krn Allah swt.
A = Ambil berat mertua, tanya khabar, sakit deman mereka, beri buah tangan.
N = Nasihat - terima nasihat mertua.
T = Tambat hati, tabah, tawaddhu(rendah diri), dan bertaqwa.
U = Ungkapan sayang, cakap lemah lembut.
Tips jadi mertua yg baik:
M = mengasihi menantu, jgn bersangka negatif.
E = Ego - kena buang.
R = Rungut - kena buang. Jgn rungut kpd menantu, atau anak yg lain.
T = Tambat hati menantu
U = Ungkapan sayang
A = Anugerah Allah swt. Jika pilihan mertua Alhamdullilah. Jika bukan bersyukur.
Mungkin ujian kpd kita krn Allah swt sayangkan kita.
Insyallah, jadikan keluarga mertua sebagai ibu bapa kita juga. Berdoa agar kita dapat menjadi anak menantu penyejuk hati mertua kita. Our life is like a wheel. Now, we are their 'menantu', then we will become mertua pula. Moga kita menjadi menantu yg baik bagi mereka, dan bakal mertua yg baik utk bakal menantu kita. Amiin.
Credit to photobucket.
Doa yg diberi. Jika kita perasan, kebanyakan doa-doa yg diberi adalah dari bacaan Al Mathurat. Insyallah.
Semanis Kurma40

Labels:
Doa Semanis Kurma
Monday, 30 November 2009
Semanis Kurma Ep 39 ERKORBAN DEMI PERMATA HATI
Tips-tips dari tetamu jemputan mengenai penjagaan anak.
1)Niat semasa berkahwin - ingin melahirkan generasi pelapis ulamak.
2) Didik dari kecil
3)Apabila anak sudah boleh menerima arahan (age 3-4) bawa atau mesrakan dgn persekitaran masjid, baca alquran. Agar berfikir dalam kerangkan Al Quran. Akademik tidak dilupakan.
A = amanah dari Allah swt. Pentingkan solat, dan hal-hal Islam
N = Nasihat- selalu beri nasihat. Baca doa kpd anak-anak. Beri nama yg baik.
A = Anugerah
K = Redho - agar mendapat keredhoaan Allah swt.
Doa daripada Al Quran bagi menjaga dan mendapatkan suami , ietri dan anak-anak yg taat kpd Allah swt dan menjaga solat.
Semanis Kurma_39

Doa Semanis Kurma,
Ilmu
Semanis Kurma Ep 38 -Hilang Nafsu
EP:38: HILANG NAFSU
Antara pantang larang dan sunnah Nabi Muhammad saw mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan utk suami dan isteri ialah:
1) Jgn buang air kecil di dalam air yg bertakung
2) Jgn makan sambil minum air
3) Beristinjak dgn betul sama ada dgn air atau batu atau kayu.
Lakukan sunnah:
1) Bersiwak - mulut bersih , malaikat suka, manusia pun suka
2) Memakai wangi-wangian - be careful for women. Jgn sampai lelaki lain memandang
jika wangi bertambah akal.
3) Kemaskan misai
4) Buang bulu ketiak
5) Buang bulu ari-ari - sekurang-kurangnya 40 hari sekali.
Doa yg diberi utk dikongsi agar hubungan suami isteri kekal hingga ke syurga.
Semanis Kurma_38

Surah Takhweer Tafseer
Tafseer Surah At Takhweer ayat 1 -12
Ustazah Hanan
Lancaster Mosque
25 - Nov - 2009
http://www.mediafire.com/?dtbdzmixznk
Listen to this beautiful recitation. Subhanallah....
Jazakallah chocolate12447 May Allah swt blesses you for this good deeds.

Friday, 13 November 2009
Academic Writing
Linking words
Word choices
Writing Lab - Purdue Univ
Phrasebank
From celt lancaster university
a) The basics of scientific writing
b) Postgraduate writing
Word choices
Writing Lab - Purdue Univ
Phrasebank
From celt lancaster university
a) The basics of scientific writing
b) Postgraduate writing
Reading Tips
Jazakallah kpd pemilik tulisan ini.
Rapid Reading
Ni adalah kategori reading yg kita slalunya skim2 thro shj and x brp kisah sgt psl pemahaman, cth nya bila kita dah pernah baca satu paper tu, tp ingt2 lupa content dia, or teringat that we have read something somewhere, tp x ingt paper mana. So bila kita guna teknik dlm rapid reading ni, insya Allah the reading / searching time can be cut down.
Ada byk ways yg dia bgtau, but one of it is probably what most of us know already, tp jarang buat, which is using a pointer. Ye, semasa membaca tu, sila la tunjuk dgn jari atau pen atau lidi mcm kita mengaji masa budak2 dulu.
Sbbnya, bila kita drag kan jari kita across the page, kadar pembacaan kita akan terikut speed up. Plus, bila begini, kita x kan wander off sbb fokus. Kalo x pakai jari, sometimes akan lost x ingt kat mana, maka kena la baca balik semula. Kan buang masa.
We did an experiment where we were put in pairs. Kita tgk mata pasangan kita tu. Suruh psgn kita trace wajah bulat kita dgn mata. Mula2 trace tanpa guna jari sbg penunjuk. Ok masa ni, nmpk la mata psgn kita bergerak secara jerky2 gituh, as if the eyes were taking snapshots of the outline of the face. Pergerakan yg jerky ni merugikan masa, sbb after every snapshot tu, sbnarnya mata kita ambik bbrp milisecond utk rehat then move to next snapshot. Rugi...
2ndly, suruh psgn kita trace muka kita, tp guna jari dia and biar mata dia ikut jari dia. This time, adalah smooth pergerakan mata dia membentuk satu bulatan. Bkn itu sahaja, malah lebih cpt dia buat bulatan tu. It's all got to do with the anatomy of the eyes, tp malas la nak ternagkan pjg2. Kesimpulannya, biar la nmpk mcm org slow bila baca jurnal sambil tunjuk, tp sebenarnya kita adalah membaca dgn laju! Dgn syarat, jari kita pon move laju la sket, kalo move slow mmg x de pekdah nya la kan.
Lagi satu pantang utama ialah going back to re-read the words. Yup, your English teacher was right, Jgn sibuk2 nak bukak dictionary or bukak reference lain. Baca dulu laju2, if it's berkenaan, masukkan dalam 'Yes' pile, then when you are up for some deep reading, baru la go through it slowly. Manfaat bila baca laju2, we can sort out the 'No', 'Yes, or 'Maybe' piles quickly, and attack the 'Yes' piles later, whilst buang aje la 'No' piles tu, jgn jadi hoardie plak. Menyemak aje...
Deep Reading
Ok, ni ramai ada masalah. Kalo masalah teknikal spt x paham formula etc, x dpt la nak nolong, tp kalo nak tahu mcm mana nak increase retainability and focus semasa membaca, bole la teruskan membaca entry ni (btw, are you pointing with your finger on the screen yet? Jgn tipu, I can see, hehe).
Reading is a very passive form of learning (paling pasif copying, then reading, then listening,... paling aktif, Teaching --- ye, kalo kita ajar org, kita jd pandai, sgt benar). But sadly, PhD students rata2 learn through reading. And with reading, we usually start of at 70% concentration, pastu reach a peak of 85% concentration after 10 minutes, then pathetically, x sampai 20 minit lps kita start baca mula la decrease continually. So kita kena make learning PhD material more active. How? Kena la cari a way to tarik our concentration back up di kala dah start jatuh after 10 minutes itu. Mcm mana nak buat?
Well, we have to make learning interactive. Give ourselves short breaks after membaca every 10 minute. For instance do some of these activities:
- buat mind map
- paraphrase what you read on to a piece of paper (no cheating -jgn tgk paper balik!)
- use sticky labels
- put annotations on the paper
- write questions on what you're reading and test yourself again
- draw flow chart
- use index cards
- highlighting
Highlighting is an art. Bkn maksud aku sila la guna pelbagai color, or sila la kaler 3/4 muka surat tu (xde guna la pakai highlighter kalo semua pon penting mcm tu). But aku baru tahu, rupanya, guna highlighter tu bkn utk highlight benda yg penting, tp highlight summary of that page. Contoh:
"To study rhythm is to study all of music. Rhythm both organizes, and is itself organized by, all the elements which create and shape musical processes."
Which part would you have highlighted if your text is as such?
It should be:

So that when you read the highlighted bits, it summarizes it to:
Rhythm is music organizes musical processes.
So whenever you come back to read that paper later2, just baca highlighted bits and it will jog your mind terus. Clever kan?
Ok byk lg tips tp lain2 kali la. Ni aku letak bbrp pointers yg selama ni aku x tahu, but I find it interesting now dah:
- You read justified text slower than kalo margin ke left. But you read centralized text the slowest.
- before you start searching the Net about something, write down the words you have in your mind first, bcoz undoubtly, your choice of words after this will be affected by the words returned to you on screen, so easy utk you tersesat.
-When you are scanning a paper utk cari keywords, etc, scan from bottom up, jgn start dari atas ke bawah kerana it will take u longer. Reason? Bcoz u will be tempted to read the article, instead of scanning it
- You read capital letters slower than lower case, bcoz your brain recognizes the shape of words, e.g. STING vs sting -- in caps, there is no shape, semuanya sekata tinggi dan lebar, but with lower case, you have kepala t, ekor g, etc. So this shape otak u akan ingt masa search, bukan each individual letter.
Ok sekian. Yg baik dtg dari Allah, yg buruk dari diri saya sendiri. Kalo dah tahu, x pe. Re-heat skali sekala bagus jg, jgn kasi basi :)

Wednesday, 11 November 2009
Pendarahan Semasa Hamil dan Air Ketuban
Jazakallah Ummu Abbas. Link.
Tanggal 30 Ogos 1999, saya bertolak pulang dari Sg Koyan menuju Kota Bharu. Suami mahu saya melahirkan anak di Kelantan. Jangkaan bersalin ialah 4 September 1999. Pada masa itu saya telah mula merasa sakit perut sedikit tanda akan bersalin. Namun lazimnya, anak sulung lambat juga akan keluar. Kedudukan kepala bayi yang masih tinggi dan sakit yang jarang-jarang memberi lesen untuk kami pulang walaupun dilation sudah ada. Kalau tidak silap baru 1 cm waktu itu. Ia memakan masa untuk berganjak ke 2 cm dan 3 cm.
Di pertengahan jalan, kami singgah di Cuchuh Puteri, Kuala Krai kerana ada program bersama masyarakat di situ. Suami saya turut serta memberi khidmat percuma kepada penduduk tempatan. Sakit masih berulang jarang-jarang sedangkan saya bersama orang kampung.
Seusai program, kami singgah di rumah seorang sahabat di kuarters Hospital Kuala Krai. Sebelum bertolak pulang, suami memeriksa lagi, tiba-tiba pendarahan berlaku. Saya solat seperti biasa kerana ia dikira darah fasad (rosak) atau istihadah. Darah itu cair dan berwarna merah terang. Ia bukan keluar berterusan. Bagi sesiapa yang mengalami perkara yang sama ketika hamil, hendaklah solat walaupun sudah ada tanda-tanda akan bersalin.
Bagaimana pula dengan wanita yang mengalami pendarahan di tengah-tengah kehamilan? Apakah hukum darah tersebut? Jom lihat serba sedikit huraian mengenai hal ehwal wanita bersalin.
Jenis Pendarahan Semasa Hamil
Darah yang keluar semasa hamil dikira sebagai istihadah. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak).
Nifas ialah darah yang keluar dari rahim selepas melahirkan anak. Bagi mazhab Syafie, dikira darah nifas jika bersalin anak yang hidup, mati atau keguguran sama ada bersalin cara biasa atau pembedahan.
Nifas dari Sudut Saintifik
Ibu-ibu sudah tentu pernah mengalami rasa sakit seperti hendak bersalin sedangkan bayi sudah pun keluar. Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rahim kita?
Pada peringkat akhir proses kelahiran bayi, otot-otot rahim mengecut untuk menolak keluar keseluruhan badan bayi. Akhirnya kelahiran sempurna berlaku. Pengecutan seterusnya berlaku menyebabkan tertanggalnya uri dari dinding rahim. Sejurus berlakunya kelahiran bayi, pengecutan otot-otot rahim menyebabkan kontraksi berlaku pada otot-otot salur darah arteri lalu menekan salur-salur darah di uri yang akhirnya menyebabkan uri terpisah dari dinding rahim (desidua). Aliran darah pula berlaku hasil dari hakisan pada bekas tempat lekatan uri di dinding rahim (desidua) yang dikenali sebagai nifas. Ciri darah dan tempoh pendarahan adalah bergantung kepada saiz uri tersebut.
Dari sudut saintifik, nifas berbeza dengan darah haid yang berasal dari lapisan endometrium. Secara jelas, darah nifas terhasil dari darah yang mengalir keluar disebabkan oleh bercerainya uri dari rahim selepas melahirkan anak. Ia selaras dengan pandangan fuqaha’ mengenai definisi nifas.
Hukum Pendarahan Semasa Hamil dan Air Ketuban
Pendarahan Semasa Hamil (tiada tanda hendak bersalin)
Perdarahan yang berlaku semasa hamil tanpa sebarang tanda untuk bersalin dalam Mazhab Syafii dihukumkan sebagai haid jika mematuhi kriteria tempoh haid. Jika bersalahan dengan kriteria tersebut maka darah itu dihukumkan sebagai istihadah.
Sebahagian ulama pula menetapkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah haid dan dihukumkan sebagai istihadah kerana haid tidak berlaku ketika hamil. Pendapat ini bertepatan dengan kajian saintifik iaitu proses haid tidak akan berlaku kerana telah berlakunya persenyawaan dan kehamilan. Pendarahan yang berlaku ketika hamil biasanya disebabkan oleh kemungkinan wanita itu menghadapi masalah keguguran pada peringkat awal kandungan. Selain itu, wanita hamil mungkin mengalami masalah uri seperti uri pecah atau uri berada di bawah pada pertengahan dan akhir mengandung.
Darah Bercampur Lendir
Biasa juga para ibu mengalami darah bercampur lendir keluar dari rahim sebelum melahirkan. Ia merupakan salah satu tanda awal seseorang ibu akan bersalin. Darah ini keluar disebabkan terbukanya saluran ‘cerviks’ atau pangkal rahim dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah.
Darah ini akan bercampur dengan lendir yang juga dihasilkan oleh kelenjar di bahagian pangkal rahim. Darah inilah yang dikatakan sebagai darah fasad (rosak) dari aspek fikah. Oleh kerana ia bukan lagi darah nifas, maka wanita yang mengalaminya wajib menunaikan solat seperti biasa. Dengan perkataan lain, kewajipan solat belum terangkat dari wanita tersebut.
Air Ketuban
Keluarnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Air ini keluar dari sarung tembuni bayi yang pecah ketika proses kontraksi rahim. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Subhanallah. Maha suci Allah yang memelihara janin dalam kandungan.
فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (air mani/zigot) itu pada tempat menetap yang kukuh (yakni rahim).
Surah al-Mursalat 77:21
Demikian hebat kurniaan Allah. Masihkah kita sanggup mendustakan nikmatNya dan membalasnya dengan maksiat?
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?
Ayat 13 Surah al-Rahman.
Apabila ia mengalir keluar, air ketuban membantu melicinkan proses kelahiran. Allahuakbar! Maha agung Engkau ya Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Hukum air ketuban adalah najis. Maka wanita itu perlu bersuci terlebih dahulu untuk menghilangkan najis tersebut dan berwuduk seperti biasa sebelum solat jika air ketubannya sudah kering.
Cara Menunaikan Solat Dalam Keadaan Darah dan Air Ketuban Masih Keluar
Cara bersuci ialah bersihkan terlebih dahulu darah atau air ketuban dari faraj. Kemudian pakai tuala wanita, mengambil wuduk dan terus solat. Jika darah keluar dengan banyak diiringi rasa sakit berterusan, diharuskan solat jamak.
Sambung travelog…
Tiba di Machang, suami sudah letih untuk membawa kereta. Saya mengambil alih memandu. Tiba-tiba saya perlahankan kereta dan berhenti di sisi jalan. Suami berkata, ”Kenapa berhenti?”
”Perut rasa sakit sedikit”. Hilang rasa sakit, saya sambung perjalanan hingga ke Kota Bharu. Alhamdulillah.
Tanggal 31 Ogos 1999, Ma memasak pulut durian kegemaran saya. Saya rasa sakit makin kuat. Suami memeriksa lagi. Bukaan 4cm. Tiba masanya pergi ke hospital. Oleh kerana menjadi pantang larang orang tua-tua tidak boleh makan pulut sepanjang tempoh berpantang. Saya jamah juga pulut durian. Sambil makan, saya menahan sakit. Ma menggalakkan saya makan sampai puas. Alhamdulillah, ’sporting’ betul. Ma berkata, ”Itu sakit main-main je… Belum sakit betul-betul”. Saya kurang faham maksud ’sakit betul-betul’ yang Ma sebut. Maklumlah ini kali pertama saya akan bersalin.
Kira-kira jam 12 tengahari, saya tiba di Hospital Kota Bharu dan terus di bawa ke bilik bersalin. Betullah, sebaik saya berada di atas katil, sakit yang lebih kuat mula terasa. Ya Allah… beginikah sakitnya melahirkan seorang anak. Melalui jam seterusnya, baru saya mengerti apa yang Ma maksudkan ’sakit betul-betul’. Tidak terperi rasanya dan rasa takut yang amat sangat.
Mengenangkan rasa sakit bersalin, hati lebih menghayati hikmah disuruh taat pada kedua ibubapa. Rasa sedih pula menyelinap mengenangkan anak-anak yang menyia-nyiakan hidup mereka dengan pelbagai perkara yang merosakkan diri sendiri. Tidakkah mereka mahu bersyukur kepada Allah yang mengeluarkan mereka dari rahim ibu?
Mata membilang detik jam di dinding. Bilakah saat ini akan berakhir? Tiada yang mampu memberi kekuatan selain Allah. Saya takut… di saat menulis ini pun, saya merasa takut mengenangkan sakit bersalin. Azan Zohor melewati waktu, saya mengingatkan suami untuk solat Zohor dahulu. Namun dia mahu menunggu sehingga saya selamat melahirkan. Suami mengagak dia akan sempat solat Zohor nanti.
Kira-kira jam 3.08 petang, saya selamat melahirkan cahaya mata pertama kami berdua. Alhamdulillah. Rasa takut dan sakit sekelip mata bertukar gembira melihat bayi di sisi. Masya Allah! Sakit di dunia masih ada penawarnya. Sakit dan azab di akhirat, tiada lagi yang dapat menyelamatkan.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ayat 5 Surah al-Syarh.
Wajar sekali dikatakan wanita yang bersalin ibarat bayi yang baru dilahirkan. Dosa-dosa berguguran seiring lahirnya bayi dalam kandungan. Bukankah kesakitan itu penghapus dosa?
Solat Zohor yang saya terluput itu telah saya qada selepas habis nifas. Inilah kaedah penyelesaian bagi wanita yang pernah meninggalkan solat semasa sakit hendak bersalin. Namun, setelah mengetahui hukum dan kaedahnya seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini, wajib menunaikan solat dalam waktunya menurut kemampuan. Jika mampu solat duduk, maka hendaklah solat duduk. Jika tidak mampu, solat berbaring.
Sebaik selesai mengazankan anak sulung kami, suami bergegas menunaikan solat.
Ada peristiwa lucu pada hari tersebut yang mana Ibrahim Ali pernah menyebut untuk Solat Hajat selepas Solat Asar petang 31 Ogos itu. Hajat apa yang mahu diminta tidak pula saya ingat. Sebenarnya tiada solat sunat selepas Solat Asar. Inilah penyakit orang jahil, mahu berjuang namun ilmu asas tentang Islam sendiri pun tidak diketahui.
Nota: Sebahagian isi mengenai Darah Semasa Hamil, Nifas dan Air Ketuban adalah dari buku Fikah Perubatan yang disediakan oleh Dr Rosediani Muhamad, Pakar Perubatan Keluarga, USMKK.
Ummu Abbas
9.20pm
21 Zul Qi’dah 1430H

Friday, 6 November 2009
Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin
Jazakallah Ummu Abbas.Link ini.
May Allah swt ease your task and life journey. Amiin.
Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin
Kaedah Solat Wanita yang Sakit Hendak Bersalin.
Saya membuat rumusan berkenaan solat wanita yang sakit hendak bersalin ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sebagai muslim yang sedar akan tanggungjawab menunaikan solat, sudah tentu saya dan anda mahu menunaikan solat yang terbaik dan mengikut waktunya. Namun di sana, terdapat situasi yang kita belum pernah alami dalam menunaikan solat. Melalui pengalaman, ilmu digali dan penyelesaian dicari. Hasilnya inilah yang dapat saya kongsi bersama kaum wanita khususnya. Kaum lelaki juga perlu perihatin terhadap solat wanita yang hampir dengan mereka seperti isteri. Beri bantuan dan sokongan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan yang satu dan asas ini.
Memang terdapat wanita yang menemui ajal di saat melahirkan anak, maka menunaikan solat dalam waktunya hendaklah dititik beratkan meskipun sakit tidak terperi. Selagi akal waras dan lidah masih mampu membaca al-Quran, maka wajarlah kita bersyukur dengan fokus pada menunaikan ibadah fardu setakat terdaya.
Insya Allah, kehidupan kita akan senantiasa ceria dan bahagia di sisi Allah.
Saya nukilkan dalam bentuk cerita agar lebih praktikal dan mudah difahami. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam memberi pendapat ini, sebarang teguran amat dialu-alukan. Jazakumullah.
***************
Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.
Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.
Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.
Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.
Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْؕ
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat. Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu. Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.
Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.
Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk. Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.
Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.
Wallahua’lam.

Saturday, 31 October 2009
Himpunan Doa Semanis Kurma Ep 34-35
Himpunan Doa Koleksi Semanis Kurma
Episod 34 - Kekasih Gelap
Episod 35 - Anak Angkat
Oleh Ustazah Siti Noor Baayah dan Ustaz Akasyah
Episod 34 - Kekasih Gelap
Episod 35 - Anak Angkat
Oleh Ustazah Siti Noor Baayah dan Ustaz Akasyah
Labels:
Doa Semanis Kurma
Friday, 30 October 2009
Buku:Nurturing EEMAN IN CHILDREN
Alhamdullilah dan Jazakallah ibu ucapkan kpd Allah swt krn dapat ibu membeli satu buku bertajuk di atas. Aduh! masa belum mengizinkan lagi utk betul-betul duduk menghadamnya. Moga Allah swt berikan masa utk ibu membaca dan sekaligus cuba mempraktikkanya.
Ibu baru membaca few pages in Chap1:
In page 28:
The author made differences between Muslim and Mukmim.
Later will explain and write more about the differences.
Wednesday, 28 October 2009
Meraih Rahmat Dan Kasih Sayang Allah SWT
Bagaimana mendapatkan rahmat Allah swt. Dan kasih sayang NYA, Al-Quran telah menerangkan dengan terperinci, antara lain ialah:
1) Sentiasa hidup bersama Al-Quran, mempelajari (mendekati) kitab Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat” (Surah Al-An’aam ayat 155)
Erinya: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Surah Al-Israa’ ayat 82)
Dan dari Jabir r.a. katanya : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh mu Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya” (Riwayat Muslim)
2) Sentiasa Bertaqwa kepada Allah swt.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 52)
3) Sentiasa meningkatkan iman dan berjihad pada jalan Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah ayat 218)
Rasulullah saw bersabda: “Allah menjamin bagi orang-orang yang berjihad fi sabililllah yang tidak keluar dari rumahnya melainkan hanya untuk berjihad fi sabilillah dan membenarkan kalimah Nya, bahawa Dia memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya ke tempat tinggalnya dengan memperolehi pahala dan ghanimah.” (Riwayat Bukhari, Malik dan An-Nasa’i)
4) Sentiasa berkasih-sayang kerana Allah swt.
Di dalam satu hadith Qudsi disebutkan bahawa Allah swt. Berfirman :
Ertinya: “Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang yang saling berkasih-sayang kerana Ku dan saling duduk-duduk di dalam majlis kerana Ku dan saling memberi kerana Ku dan saling berziarah kerana Ku.” (Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibn Hibban)
5) Sentiasa berbuat ihsan.
Ihsan bermakna engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan Dia. Jika engkau tidak dapat melihat Dia, maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Dan di antara amal orang-orang yang ihsan ialah :
a) Sentiasa berinfak ke jalan Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261)
b) Sentiasa memperbaiki amalannya.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran ayat 133-134)
c) Sentiasa berbakti kepada ibubapa.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai lanjut umur dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
(Surah Al-Israa’ ayat 23-24)
d) Sentiasa berbakti kepada kaum kerabat.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan ?”
(Surah Muhammad ayat 22)
Daripada Abdul Rahman bin Auf bahawa Rasulullah saw bersabda (dalam hadith qudsi): “Berfirman Allah swt: “Akulah Ar Rahman (Maha Pemurah), dan telah Aku jadikan Ar Rahim (Maha Pengasih) dan aku telah pecahkan nama ini dari nama Ku, maka barangsiapa yang memperhubungi kerabatnya nescaya Aku suka berhubung dengannya dan barangsiapa yang memutuskannya Aku putuskan dengannya.”
(Hadith riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
e) Sentiasa berbakti kepada anak yatim dan fakir miskin.
Sabda Rasulullah saw: “Aku dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga seperti ini (diisyaratkan telunjuk dan jari tengah dan diruangi antara keduanya.” (Hadith riwayat Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud)
Imam Ahmad dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa : Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah saw tentang hatinya yang keras lalu, baginda bersabda:
“Usapilah kepala anak yatim dan beri makanlah kepada orang-orang yang miskin.”
f) Sentiasa berbakti kepada jiran tetangga.
Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Sentiasalah Jibril menasihatkan aku mengenai tetangga, sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan menerima pesaka.”
(Riwayat Shaykhan, Abu Daud dan Tarmizi)
g) Sentiasa berkata dengan perkataan yang ma’aruf.
Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (iaitu) : Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”
(Surah Al-Baqarah ayat 83)
Sabda Rasulullah saw: “Seorang hamba yang berkata-kata dengan perkataan yang diredhai oleh Allah swt. ia tidak akan jumpa melainkan diangkat oleh Allah swt dengannya beberapa darjat dan seseorang hamba yang berkata-kata dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah swt, tidak dijumpai melainkan membawanya ke neraka.” (Riwayat Bukhari)
h) Sentiasa berdoa kepada Allah swt di antara doanya ialah:
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mu’minuun ayat 109)
Ertinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah Ali Imran ayat 8)
Demikianlah rahmat dan kasih sayang Allah swt. akan dilimpahkan kepada seorang hamba yang mengikuti jalan-jalan yang telah disyariatkan oleh Allah swt. ke atas segenap umat manusia yakni sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw serta meninggalkan dan menjauhi selain dari yang telah disyariatkan oleh Allah swt.
Dari:
Sallehuddin, Abu Mohd. “Meraih Rahmat Dan Kasih Sayang Allah swt” Buletin Seruan. Edisi 3: Syawal 1422 / Januari 2002.

Jamuan Mesra LUMSS
Thank You Nita/Abul (from the Nita Abul FB album)
Alhamdullilah baru-baru ini kami sekeluarga dapat menghadiri jemputan jamuan LUMSS. Majlis ini adalah bertujuan utk berkenal mesra dan berjamu selera sesama kita di antara ahli keluarga LUMSS yg baru dan lama dan yg bujang mahupun berkeluarga dan juga berlainan bangsa. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar walaupun kami ralat tidak dapat membantu dari siang hari.
Selepas 5 tahun kami berada di sini, ibu rasakan majlis ini berjaya dgn objektifnya. Kita hayati ayat ini:
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."(surah Al-anfal, 8:63)
Kenapa ibu berkata begitu:
1) Majlisnya dipisahkan lelaki dan wanita.
2) Tiada agenda yg melaghakan.
3) Ramai yg dapat berjumpa dan berkenal mesra.
4) Anak-anak gembira.
5) Saling bergotong royong.
Mungkin di lain kali, tema untuk majlis perlu diubah.
Disebabkan Aidilfitri telah tamat, mungkin boleh digantikan dgn tema Majlis Mesra LUMSS atau yang lebih baik.Ibu memohon keampunan dari Allah swt krn tidak menegur akan hal ini. Yg pada ibu remeh sahaja, tetapi sebenarnya ia memainkan peranan.
Insyallah, ibu yakin di lain kali, event ini akan lebih bermakna.
Mana ada manusia yang tidak membuat salah. Lesson learnt.

Subscribe to:
Posts (Atom)