Monday 30 November 2009

Semanis Kurma Ep 39 ERKORBAN DEMI PERMATA HATI

Tips-tips dari tetamu jemputan mengenai penjagaan anak.

1)Niat semasa berkahwin - ingin melahirkan generasi pelapis ulamak.
2) Didik dari kecil
3)Apabila anak sudah boleh menerima arahan (age 3-4) bawa atau mesrakan dgn persekitaran masjid, baca alquran. Agar berfikir dalam kerangkan Al Quran. Akademik tidak dilupakan.

A = amanah dari Allah swt. Pentingkan solat, dan hal-hal Islam
N = Nasihat- selalu beri nasihat. Baca doa kpd anak-anak. Beri nama yg baik.
A = Anugerah
K = Redho - agar mendapat keredhoaan Allah swt.

Doa daripada Al Quran bagi menjaga dan mendapatkan suami , ietri dan anak-anak yg taat kpd Allah swt dan menjaga solat.


Semanis Kurma_39

Semanis Kurma Ep 38 -Hilang Nafsu

EP:38: HILANG NAFSU

Antara pantang larang dan sunnah Nabi Muhammad saw mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan utk suami dan isteri ialah:

1) Jgn buang air kecil di dalam air yg bertakung
2) Jgn makan sambil minum air
3) Beristinjak dgn betul sama ada dgn air atau batu atau kayu.
Lakukan sunnah:
1) Bersiwak - mulut bersih , malaikat suka, manusia pun suka
2) Memakai wangi-wangian - be careful for women. Jgn sampai lelaki lain memandang
jika wangi bertambah akal.
3) Kemaskan misai
4) Buang bulu ketiak
5) Buang bulu ari-ari - sekurang-kurangnya 40 hari sekali.

Doa yg diberi utk dikongsi agar hubungan suami isteri kekal hingga ke syurga.

Semanis Kurma_38

Surah Takhweer Tafseer

Tafseer Surah At Takhweer ayat 1 -12
Ustazah Hanan
Lancaster Mosque
25 - Nov - 2009

http://www.mediafire.com/?dtbdzmixznk

Listen to this beautiful recitation. Subhanallah....
Jazakallah chocolate12447 May Allah swt blesses you for this good deeds.

Friday 13 November 2009

Academic Writing

Linking words

Word choices

Writing Lab - Purdue Univ

Phrasebank

From celt lancaster university
a) The basics of scientific writing

b) Postgraduate writing

Reading Tips

Jazakallah kpd pemilik tulisan ini.

Rapid Reading
Ni adalah kategori reading yg kita slalunya skim2 thro shj and x brp kisah sgt psl pemahaman, cth nya bila kita dah pernah baca satu paper tu, tp ingt2 lupa content dia, or teringat that we have read something somewhere, tp x ingt paper mana. So bila kita guna teknik dlm rapid reading ni, insya Allah the reading / searching time can be cut down.

Ada byk ways yg dia bgtau, but one of it is probably what most of us know already, tp jarang buat, which is using a pointer. Ye, semasa membaca tu, sila la tunjuk dgn jari atau pen atau lidi mcm kita mengaji masa budak2 dulu.

Sbbnya, bila kita drag kan jari kita across the page, kadar pembacaan kita akan terikut speed up. Plus, bila begini, kita x kan wander off sbb fokus. Kalo x pakai jari, sometimes akan lost x ingt kat mana, maka kena la baca balik semula. Kan buang masa.

We did an experiment where we were put in pairs. Kita tgk mata pasangan kita tu. Suruh psgn kita trace wajah bulat kita dgn mata. Mula2 trace tanpa guna jari sbg penunjuk. Ok masa ni, nmpk la mata psgn kita bergerak secara jerky2 gituh, as if the eyes were taking snapshots of the outline of the face. Pergerakan yg jerky ni merugikan masa, sbb after every snapshot tu, sbnarnya mata kita ambik bbrp milisecond utk rehat then move to next snapshot. Rugi...

2ndly, suruh psgn kita trace muka kita, tp guna jari dia and biar mata dia ikut jari dia. This time, adalah smooth pergerakan mata dia membentuk satu bulatan. Bkn itu sahaja, malah lebih cpt dia buat bulatan tu. It's all got to do with the anatomy of the eyes, tp malas la nak ternagkan pjg2. Kesimpulannya, biar la nmpk mcm org slow bila baca jurnal sambil tunjuk, tp sebenarnya kita adalah membaca dgn laju! Dgn syarat, jari kita pon move laju la sket, kalo move slow mmg x de pekdah nya la kan.

Lagi satu pantang utama ialah going back to re-read the words. Yup, your English teacher was right, Jgn sibuk2 nak bukak dictionary or bukak reference lain. Baca dulu laju2, if it's berkenaan, masukkan dalam 'Yes' pile, then when you are up for some deep reading, baru la go through it slowly. Manfaat bila baca laju2, we can sort out the 'No', 'Yes, or 'Maybe' piles quickly, and attack the 'Yes' piles later, whilst buang aje la 'No' piles tu, jgn jadi hoardie plak. Menyemak aje...

Deep Reading
Ok, ni ramai ada masalah. Kalo masalah teknikal spt x paham formula etc, x dpt la nak nolong, tp kalo nak tahu mcm mana nak increase retainability and focus semasa membaca, bole la teruskan membaca entry ni (btw, are you pointing with your finger on the screen yet? Jgn tipu, I can see, hehe).

Reading is a very passive form of learning (paling pasif copying, then reading, then listening,... paling aktif, Teaching --- ye, kalo kita ajar org, kita jd pandai, sgt benar). But sadly, PhD students rata2 learn through reading. And with reading, we usually start of at 70% concentration, pastu reach a peak of 85% concentration after 10 minutes, then pathetically, x sampai 20 minit lps kita start baca mula la decrease continually. So kita kena make learning PhD material more active. How? Kena la cari a way to tarik our concentration back up di kala dah start jatuh after 10 minutes itu. Mcm mana nak buat?

Well, we have to make learning interactive. Give ourselves short breaks after membaca every 10 minute. For instance do some of these activities:

- buat mind map
- paraphrase what you read on to a piece of paper (no cheating -jgn tgk paper balik!)
- use sticky labels
- put annotations on the paper
- write questions on what you're reading and test yourself again
- draw flow chart
- use index cards
- highlighting

Highlighting is an art. Bkn maksud aku sila la guna pelbagai color, or sila la kaler 3/4 muka surat tu (xde guna la pakai highlighter kalo semua pon penting mcm tu). But aku baru tahu, rupanya, guna highlighter tu bkn utk highlight benda yg penting, tp highlight summary of that page. Contoh:

"To study rhythm is to study all of music. Rhythm both organizes, and is itself organized by, all the elements which create and shape musical processes."

Which part would you have highlighted if your text is as such?

It should be:
"To study rhythm is to study all of music. Rhythm both organizes, and is itself organized by, all the elements which create and shape musical processes."

So that when you read the highlighted bits, it summarizes it to:

Rhythm is music organizes musical processes.

So whenever you come back to read that paper later2, just baca highlighted bits and it will jog your mind terus. Clever kan?

Ok byk lg tips tp lain2 kali la. Ni aku letak bbrp pointers yg selama ni aku x tahu, but I find it interesting now dah:

- You read justified text slower than kalo margin ke left. But you read centralized text the slowest.



- before you start searching the Net about something, write down the words you have in your mind first, bcoz undoubtly, your choice of words after this will be affected by the words returned to you on screen, so easy utk you tersesat.


-When you are scanning a paper utk cari keywords, etc, scan from bottom up, jgn start dari atas ke bawah kerana it will take u longer. Reason? Bcoz u will be tempted to read the article, instead of scanning it


- You read capital letters slower than lower case, bcoz your brain recognizes the shape of words, e.g. STING vs sting -- in caps, there is no shape, semuanya sekata tinggi dan lebar, but with lower case, you have kepala t, ekor g, etc. So this shape otak u akan ingt masa search, bukan each individual letter.

Ok sekian. Yg baik dtg dari Allah, yg buruk dari diri saya sendiri. Kalo dah tahu, x pe. Re-heat skali sekala bagus jg, jgn kasi basi :)

Wednesday 11 November 2009

Pendarahan Semasa Hamil dan Air Ketuban

Jazakallah Ummu Abbas. Link.

Tanggal 30 Ogos 1999, saya bertolak pulang dari Sg Koyan menuju Kota Bharu. Suami mahu saya melahirkan anak di Kelantan. Jangkaan bersalin ialah 4 September 1999. Pada masa itu saya telah mula merasa sakit perut sedikit tanda akan bersalin. Namun lazimnya, anak sulung lambat juga akan keluar. Kedudukan kepala bayi yang masih tinggi dan sakit yang jarang-jarang memberi lesen untuk kami pulang walaupun dilation sudah ada. Kalau tidak silap baru 1 cm waktu itu. Ia memakan masa untuk berganjak ke 2 cm dan 3 cm.
Di pertengahan jalan, kami singgah di Cuchuh Puteri, Kuala Krai kerana ada program bersama masyarakat di situ. Suami saya turut serta memberi khidmat percuma kepada penduduk tempatan. Sakit masih berulang jarang-jarang sedangkan saya bersama orang kampung.
Seusai program, kami singgah di rumah seorang sahabat di kuarters Hospital Kuala Krai. Sebelum bertolak pulang, suami memeriksa lagi, tiba-tiba pendarahan berlaku. Saya solat seperti biasa kerana ia dikira darah fasad (rosak) atau istihadah. Darah itu cair dan berwarna merah terang. Ia bukan keluar berterusan. Bagi sesiapa yang mengalami perkara yang sama ketika hamil, hendaklah solat walaupun sudah ada tanda-tanda akan bersalin.
Bagaimana pula dengan wanita yang mengalami pendarahan di tengah-tengah kehamilan? Apakah hukum darah tersebut? Jom lihat serba sedikit huraian mengenai hal ehwal wanita bersalin.
Jenis Pendarahan Semasa Hamil
Darah yang keluar semasa hamil dikira sebagai istihadah. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak).
Nifas ialah darah yang keluar dari rahim selepas melahirkan anak. Bagi mazhab Syafie, dikira darah nifas jika bersalin anak yang hidup, mati atau keguguran sama ada bersalin cara biasa atau pembedahan.

Nifas dari Sudut Saintifik
Ibu-ibu sudah tentu pernah mengalami rasa sakit seperti hendak bersalin sedangkan bayi sudah pun keluar. Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rahim kita?
Pada peringkat akhir proses kelahiran bayi, otot-otot rahim mengecut untuk menolak keluar keseluruhan badan bayi. Akhirnya kelahiran sempurna berlaku. Pengecutan seterusnya berlaku menyebabkan tertanggalnya uri dari dinding rahim. Sejurus berlakunya kelahiran bayi, pengecutan otot-otot rahim menyebabkan kontraksi berlaku pada otot-otot salur darah arteri lalu menekan salur-salur darah di uri yang akhirnya menyebabkan uri terpisah dari dinding rahim (desidua). Aliran darah pula berlaku hasil dari hakisan pada bekas tempat lekatan uri di dinding rahim (desidua) yang dikenali sebagai nifas. Ciri darah dan tempoh pendarahan adalah bergantung kepada saiz uri tersebut.
Dari sudut saintifik, nifas berbeza dengan darah haid yang berasal dari lapisan endometrium. Secara jelas, darah nifas terhasil dari darah yang mengalir keluar disebabkan oleh bercerainya uri dari rahim selepas melahirkan anak. Ia selaras dengan pandangan fuqaha’ mengenai definisi nifas.

Hukum Pendarahan Semasa Hamil dan Air Ketuban
Pendarahan Semasa Hamil (tiada tanda hendak bersalin)
Perdarahan yang berlaku semasa hamil tanpa sebarang tanda untuk bersalin dalam Mazhab Syafii dihukumkan sebagai haid jika mematuhi kriteria tempoh haid. Jika bersalahan dengan kriteria tersebut maka darah itu dihukumkan sebagai istihadah.
Sebahagian ulama pula menetapkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah haid dan dihukumkan sebagai istihadah kerana haid tidak berlaku ketika hamil. Pendapat ini bertepatan dengan kajian saintifik iaitu proses haid tidak akan berlaku kerana telah berlakunya persenyawaan dan kehamilan. Pendarahan yang berlaku ketika hamil biasanya disebabkan oleh kemungkinan wanita itu menghadapi masalah keguguran pada peringkat awal kandungan. Selain itu, wanita hamil mungkin mengalami masalah uri seperti uri pecah atau uri berada di bawah pada pertengahan dan akhir mengandung.
Darah Bercampur Lendir
Biasa juga para ibu mengalami darah bercampur lendir keluar dari rahim sebelum melahirkan. Ia merupakan salah satu tanda awal seseorang ibu akan bersalin. Darah ini keluar disebabkan terbukanya saluran ‘cerviks’ atau pangkal rahim dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah.
Darah ini akan bercampur dengan lendir yang juga dihasilkan oleh kelenjar di bahagian pangkal rahim. Darah inilah yang dikatakan sebagai darah fasad (rosak) dari aspek fikah. Oleh kerana ia bukan lagi darah nifas, maka wanita yang mengalaminya wajib menunaikan solat seperti biasa. Dengan perkataan lain, kewajipan solat belum terangkat dari wanita tersebut.
Air Ketuban
Keluarnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Air ini keluar dari sarung tembuni bayi yang pecah ketika proses kontraksi rahim. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Subhanallah. Maha suci Allah yang memelihara janin dalam kandungan.

فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ

Lalu Kami jadikan air (air mani/zigot) itu pada tempat menetap yang kukuh (yakni rahim).
Surah al-Mursalat 77:21

Demikian hebat kurniaan Allah. Masihkah kita sanggup mendustakan nikmatNya dan membalasnya dengan maksiat?

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?
Ayat 13 Surah al-Rahman.
Apabila ia mengalir keluar, air ketuban membantu melicinkan proses kelahiran. Allahuakbar! Maha agung Engkau ya Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Hukum air ketuban adalah najis. Maka wanita itu perlu bersuci terlebih dahulu untuk menghilangkan najis tersebut dan berwuduk seperti biasa sebelum solat jika air ketubannya sudah kering.
Cara Menunaikan Solat Dalam Keadaan Darah dan Air Ketuban Masih Keluar
Cara bersuci ialah bersihkan terlebih dahulu darah atau air ketuban dari faraj. Kemudian pakai tuala wanita, mengambil wuduk dan terus solat. Jika darah keluar dengan banyak diiringi rasa sakit berterusan, diharuskan solat jamak.
Sambung travelog…
Tiba di Machang, suami sudah letih untuk membawa kereta. Saya mengambil alih memandu. Tiba-tiba saya perlahankan kereta dan berhenti di sisi jalan. Suami berkata, ”Kenapa berhenti?”
”Perut rasa sakit sedikit”. Hilang rasa sakit, saya sambung perjalanan hingga ke Kota Bharu. Alhamdulillah.
Tanggal 31 Ogos 1999, Ma memasak pulut durian kegemaran saya. Saya rasa sakit makin kuat. Suami memeriksa lagi. Bukaan 4cm. Tiba masanya pergi ke hospital. Oleh kerana menjadi pantang larang orang tua-tua tidak boleh makan pulut sepanjang tempoh berpantang. Saya jamah juga pulut durian. Sambil makan, saya menahan sakit. Ma menggalakkan saya makan sampai puas. Alhamdulillah, ’sporting’ betul. Ma berkata, ”Itu sakit main-main je… Belum sakit betul-betul”. Saya kurang faham maksud ’sakit betul-betul’ yang Ma sebut. Maklumlah ini kali pertama saya akan bersalin.
Kira-kira jam 12 tengahari, saya tiba di Hospital Kota Bharu dan terus di bawa ke bilik bersalin. Betullah, sebaik saya berada di atas katil, sakit yang lebih kuat mula terasa. Ya Allah… beginikah sakitnya melahirkan seorang anak. Melalui jam seterusnya, baru saya mengerti apa yang Ma maksudkan ’sakit betul-betul’. Tidak terperi rasanya dan rasa takut yang amat sangat.
Mengenangkan rasa sakit bersalin, hati lebih menghayati hikmah disuruh taat pada kedua ibubapa. Rasa sedih pula menyelinap mengenangkan anak-anak yang menyia-nyiakan hidup mereka dengan pelbagai perkara yang merosakkan diri sendiri. Tidakkah mereka mahu bersyukur kepada Allah yang mengeluarkan mereka dari rahim ibu?
Mata membilang detik jam di dinding. Bilakah saat ini akan berakhir? Tiada yang mampu memberi kekuatan selain Allah. Saya takut… di saat menulis ini pun, saya merasa takut mengenangkan sakit bersalin. Azan Zohor melewati waktu, saya mengingatkan suami untuk solat Zohor dahulu. Namun dia mahu menunggu sehingga saya selamat melahirkan. Suami mengagak dia akan sempat solat Zohor nanti.
Kira-kira jam 3.08 petang, saya selamat melahirkan cahaya mata pertama kami berdua. Alhamdulillah. Rasa takut dan sakit sekelip mata bertukar gembira melihat bayi di sisi. Masya Allah! Sakit di dunia masih ada penawarnya. Sakit dan azab di akhirat, tiada lagi yang dapat menyelamatkan.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ayat 5 Surah al-Syarh.
Wajar sekali dikatakan wanita yang bersalin ibarat bayi yang baru dilahirkan. Dosa-dosa berguguran seiring lahirnya bayi dalam kandungan. Bukankah kesakitan itu penghapus dosa?
Solat Zohor yang saya terluput itu telah saya qada selepas habis nifas. Inilah kaedah penyelesaian bagi wanita yang pernah meninggalkan solat semasa sakit hendak bersalin. Namun, setelah mengetahui hukum dan kaedahnya seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini, wajib menunaikan solat dalam waktunya menurut kemampuan. Jika mampu solat duduk, maka hendaklah solat duduk. Jika tidak mampu, solat berbaring.
Sebaik selesai mengazankan anak sulung kami, suami bergegas menunaikan solat.
Ada peristiwa lucu pada hari tersebut yang mana Ibrahim Ali pernah menyebut untuk Solat Hajat selepas Solat Asar petang 31 Ogos itu. Hajat apa yang mahu diminta tidak pula saya ingat. Sebenarnya tiada solat sunat selepas Solat Asar. Inilah penyakit orang jahil, mahu berjuang namun ilmu asas tentang Islam sendiri pun tidak diketahui.
Nota: Sebahagian isi mengenai Darah Semasa Hamil, Nifas dan Air Ketuban adalah dari buku Fikah Perubatan yang disediakan oleh Dr Rosediani Muhamad, Pakar Perubatan Keluarga, USMKK.
Ummu Abbas
9.20pm
21 Zul Qi’dah 1430H

Friday 6 November 2009

Siri 36 Jampi Serapah

Doa kasih sayang serta lembut hati eratkan kasih sayang suami isteri.

siri36

Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin

Jazakallah Ummu Abbas.Link ini.
May Allah swt ease your task and life journey. Amiin.

Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin


Kaedah Solat Wanita yang Sakit Hendak Bersalin.
Saya membuat rumusan berkenaan solat wanita yang sakit hendak bersalin ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sebagai muslim yang sedar akan tanggungjawab menunaikan solat, sudah tentu saya dan anda mahu menunaikan solat yang terbaik dan mengikut waktunya. Namun di sana, terdapat situasi yang kita belum pernah alami dalam menunaikan solat. Melalui pengalaman, ilmu digali dan penyelesaian dicari. Hasilnya inilah yang dapat saya kongsi bersama kaum wanita khususnya. Kaum lelaki juga perlu perihatin terhadap solat wanita yang hampir dengan mereka seperti isteri. Beri bantuan dan sokongan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan yang satu dan asas ini.
Memang terdapat wanita yang menemui ajal di saat melahirkan anak, maka menunaikan solat dalam waktunya hendaklah dititik beratkan meskipun sakit tidak terperi. Selagi akal waras dan lidah masih mampu membaca al-Quran, maka wajarlah kita bersyukur dengan fokus pada menunaikan ibadah fardu setakat terdaya.
Insya Allah, kehidupan kita akan senantiasa ceria dan bahagia di sisi Allah.
Saya nukilkan dalam bentuk cerita agar lebih praktikal dan mudah difahami. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam memberi pendapat ini, sebarang teguran amat dialu-alukan. Jazakumullah.
***************
Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.
Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.
Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.
Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.
Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا‌ؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ؕ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat. Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu. Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.



Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.
Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk. Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.
Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.
Wallahua’lam.

Link ilmu sahabah Nabi

Link yang amat baik utk sirah sahabah.

Moga Allah swt merahmati hamba yg membina blog ini. Amiin.