Sunday 12 February 2012

Managing negative people

SUMBER DARI: http://ridzwan-bakar.blogspot.com/2012/02/tips-managing-negative-pople.html


Tips #1- Managing Negative People

Keep Them Out from our mind...



Baru-baru ini saya dijemput oleh sebuah organisasi untuk berkongsi tajuk “Manusia Negatif”. Ceramah sekitar 1 jam ini perlu dilakukan secara berhati-hati dikhuatiri akan menyentuh mana-mana individu kerana topiknya agak sensitive.

Secara kebetulan, dalam seminggu dua ini saya menerima banyak soalan/isu dari pelajar-pelajar PhD dalam dan luar Negara mengenai tekanan belajar. Lebih khusus, soalan mereka hampir sama iaitu bagaimana untuk berhadapan dengan insan-insan negative di saat diri dan jiwa bertarung dengan penulisan tesis PhD.


Manusia negative ada di mana-mana. Di kejiranan, jalanraya, jabatan kerajaan, syarikat korporat, Bank, shopping kompleks, zoo, parking, hatta di pejabat agama dan Masjid. Ianya juga melingkari jiwa dan hati manusia diperingkat bawah, para ustaz, AJK Masjid hingga ke tahap CEO dan pimpinan politik.




Insan negatif akan berkata


“Buat apalah pergi Haji Muda-muda, buat hidup terikat dan susah, tak boleh enjoy.”


“Apalah buat kerja bodoh belajar sampai PhD. Kehidupan dah ok dan duduk di kerusi empuk pun masih nak belajar?”


“Nama aje first class honours, benda nipun tak faham.”


“Kau tu perempuan. Buat apalah nak belajar tinggi-tinggi. Nanti susah nak dapat jodoh…”


“Buat apalah membazir duit pergi umrah.”




Dan banyak lagi nada negative yang menganggu minda dan jiwa kita.







Jika kita tahu ada minyak di dalam kolam, usahlah kita terjun ke dalam kolam minyak itu. Akibatnya tubuh kita akan berminyak, silap-silap kita pun naik minyak…..



Jadi apa nak buat? Bagaimana nak uruskan isu-isu ini?



TIPS #1 Cuba kenalpasti dari mana sumber negatif


Adakah ianya dari seorang manusia, persekitaran atau satu group manusia.


Bila sudah kenal mereka, bacalah ayat ini





BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi).




Kemudian, SET MINDA “I will ignore, this stupid man/lady/group.”



Bila minda sudah diSET, dengan sendirinya, InsyaALLAH berkat doa di atas, ALLAH akan melindungi kita dari manusia negative ini.


Jika tenaga kita ditarik ke bawah (energy drain), segera angkat kaki dan tinggalkan manusia negative (yang mungkin suka kutuk kita).


Contohnya: Jika anda pelajar siswazah, anda akan dapati ada manusia sebegini yang tidak senang dengan anda. Jangan terkejut jika mereka ini juga ada Dr berstatus PhD. Baca doa di atas selepas solat subuh, setiap kali masuk pejabat dan bila bertemu dengan spesis negative ini. InsyaALLAH Allah akan memberi benteng dari serangan fikiran dan lisan negative ini.




TIPS #2 , fokus kepada apa yang hendak anda capai pada hari ini.


Jangan focus kepada manusia negative yang mungkin selalu mengutuk dan memperlekehkan anda. Jika anda melayan spesis manusia ini, saya pasti menjelang tengahari energy anda akan kering. Anda akan cepat penat. Siapa rugi? KITA yang rugi. Spesis manusia tersebut akan tetap happy meneruskan kutukan dan mencari kesalahan orang.



NOT WORTH TO DRAG OUR ENERGY ENTERTAINING STUPID PEOPLE.


DO SOMETHING THAT WE ENJOY & LOVE!


Kepada anda yang sedang melalui suasana yang sama, praktik dulu dua tips ini.


InsyaALLAH, saya akan sambung dientri akan datang…. ALLAHU AKBAR!